Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi.. sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu… dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam. Read the rest of this entry »
Archive for March 7th, 2009
Jiwa yang Kekosongan
Posted by iorichee on 7 March 2009
Baiklah, tibalah masa untuk aku menulis satu cerita. Cerita yang tidak seberapa. Walaupon aku tak pandai menulis cerita. ini rasanya first timer aku membuat cerita cerpen. Cerpen untuk mereka-mereka yang terasa JIWA MEREKA KEKOSONGAN. Ok lah… Berilah apa komen tentang cerita ini… Supaya cerita akan datang menjadi lebih menarik…
Posted in Cerita @ cerpen | 2 Comments »
Misteri IRC…
Posted by iorichee on 7 March 2009
Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc (chatting). Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di irc. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila bila masa tetapi Hazlan lain pula. Dia memang jujur dan berterus terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC. Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama ‘hensemboy’ manakala Shahirah pula menggunakan nama ‘nurheart’. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC. Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih.
Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas. Read the rest of this entry »
Posted in Cerita @ cerpen | Leave a Comment »
