Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Perubahan hidup di kampung dan bandar….

Posted by iorichee on 13 September 2009

Kejar Kebendaan Tergadai Kebahagiaan

Dalam masyarakat Melayu sebelum merdeka atau lebih awal dari itu,orang-orang Melayu umumnya belum begitu maju. Mereka tinggal dikampung-kampung. Hidup mereka kebanyakannya sebagai petani, nelayan dan kerja-kerja kampung biasa seperti bercucuk tanam dan menternak ayam itik, membela kambing, lembu dan kerbau.

kambing Pictures, Images and Photos

Mereka mundur dalam pelajaran dan dalam ilmu pengetahuan terutamanya ilmu yang berbentuk duniawi. Ilmu yang mereka pelajari terhad kepada membaca Quran, fardhu ain dan sedikit-sedikit ilmu agama lain yang diajarkan oleh tok-tok lebai dan tok-tok guru kampung.

mengaji Pictures, Images and Photos

Kerana adanya pimpinan dan asas-asas agama ini dan kerana mereka tidak terlalu terdedah dengan hal-hal dunia dan tidak terlalu mengejar dunia, maka fahaman dan roh Islam mereka tebal. Cara hidup mereka banyak melambangkan ukhwah dan cara hidup Islam. Wujud kasih sayang, kesatuan,perpaduan, kerjasama dan rasa bersama di kalangan mereka. Mereka hidup saling bantu-membantu. Satu kampung itu ibarat sebuah keluarga yang besar. Masing-masing berkasih sayang dan rasa bertanggungjawab terhadap satu sama lain. Kalau ada orang yang bertandang ke rumah orang lain dan dilihatnya atap rumah orang itu bocor, maka tanpa perlu diminta, dia akan terus membaiki atap tersebut. Atau kalau dilihatnya tangga rumah orang itu patah, maka dia akan terus memperbaikinya. Dirasakannya bahawa rumah orang lain itu seperti rumahnya sendiri.

Kalau ada kaum ibu yang datang menziarah dan kebetulan tuan rumah sedang menganyam tikar ketika itu, maka dia pun terus duduk dan sama-sama menganyam tikar itu sambil mereka berbual-bual.

Di kala musim buah, sama ada rambutan, manggis, jambu, kundang, kuinin, pulasan dan sebagainya, semua pokok yang berbuah jadi hak bersama tidak kira pokok siapa. Semua orang kampung boleh datang makan buah di pokok sampai kenyang dengan syarat tidak dibawa balik ke rumah (kerana itu sudah dianggap tidak manis atau tidak beradab).

buah Pictures, Images and Photos

Kalau ada orang yang menangkap atau menimba ikan dan dapat banyak ikan, semua ikan itu akan diagih-agihkan kepada semua keluarga. Ikan itu tidak dijual atau dikomersialkan.

Tok-tok lebai dan tok-tok guru kampung mengajar agama secara percuma. Tidak ada orang mengambil upah atau mengenakan yuran kepada murid-murid mereka. Malahan, tok-tok lebai dan tok-tok guru itu pula yang mengeluarkan belanja untuk makan minum murid-muridnya itu.

Kalau ada anak-anak yang nakal atau yang berbuat salah, sesiapa sahaja yang nampak boleh memarahi atau kalau perlu memukulnya untuk mengajarnya. Tidak payah tunggu ayahnya sendiri bertindak. Anak-anak di kampung dirasakan sebagai anak bersama dan semua orang kampong bertanggungjawab mendidik mereka. Tindakan ini tidak akan mencacatkan hati ayah atau ibu anak-anak berkenaan malahan mereka merasa bahagia kerana ramai yang mengambil berat tentang anak mereka. Kanak-kanak yang nakal itu pula takut untuk mengadu kepada ayahnya kerana kalau mengadu, selalunya ayahnya akan tambah lagi dengan sebatan.

Boleh ada dalam satu kampung semua golongan, iaitu golongan kaya, golongan pertengahan dan golongan miskin. Ini tidak berlaku sekarang. Taman-taman perumahan sekarang ini dibina berasingan. Ada taman untuk golongan kaya, ada taman untuk golongan pertengahan dan ada taman untuk golongan miskin.

Dahulu, kalau ibu bapa menghantar anak mengaji Quran, mereka hadiahkan kepada guru sebatang rotan sambil berkata, “Kalau anak saya nakal, rotanlah dia dengan rotan ini.” Sekarang merotan murid sudah jadi satu pantang-larang.

Kalau ada orang berjalan-jalan tidak pakai songkok dianggap kurang adab. Sekarang, tidak pakai songkok sudah jadi satu budaya bahkan ulama pun jalan bergondol kepala.

Dahulu, orang-orang perempuan terutama perempuanperempuan muda, tidak akan keluar rumah kecuali dengan keluarga. Sekarang, keluar rumah seorang diri atau ditemani oleh orang lain yang bukan saudara sudah menjadi perkara biasa. Jalan berdua-duaan lelaki perempuan yang bukan muhrim sudah jadi budaya.

couple Pictures, Images and Photos

Dahulu, dalam masa pertunangan, jangan mimpi hendak bertemu, lebih-lebih lagi hendak dibawa berjalan-jalan. Sekarang, belum bertunang pun sudah berjalan berdua-duaan, betapa pula setelah bertunang.

Hidup ketika itu bergotong-royong dalam semua hal sama ada dalam mengadakan majlis kenduri, menanam dan menuai padi, membina rumah dan sebagainya. Sekarang ini, semuanya perlu diupah kerana hidup nafsi-nafsi yang telah membudaya dan menebal.

Kalaupun ketika itu ada orang yang berbuat maksiat seperti berjudi dan sebagainya, mereka menyorok-nyorok takut dilihat dan diketahui orang. Sekarang orang berbuat maksiat terang-terangan. Mereka megah pula dengan maksiat itu.

Orang-orang alim dan para guru sangat dihormati dan disegani. Alim ulama selalu diziarahi orang. Orang ramai selalu membawa hadiah untuk guru-guru. Sekarang orang tidak peduli.

Anak-anak muda kampung yang bekerja sebagai askar atau polis, kalau mereka balik bercuti, bukan sahaja akan menziarahi ibu bapa mereka bahkan juga tuan-tuan guru dan orang-orang penting kampung. Kalau tidak, dia dianggap tidak beradab. Sekarang ziarah ibu bapa sahaja, orang lain tidak.

Demikianlah hidup masyarakat Melayu sebelum merdeka. Sungguh indah, sungguh manis, sungguh tenang dan sungguh bahagia.

Sekarang ini setelah merdeka, orang Melayu sudah maju sedikit. Tidaklah maju sangat tapi majulah sedikit dari dahulu. Pelajaran dan ilmu terutama ilmu dunia sudah bertambah. Taraf ekonomi juga sudah meningkat walaupun setakat makan gaji sahaja dan tidaklah sangat di bidang perniagaan, perdagangan atau perindustrian. Walaupun dunia tidak dipunyai tetapi sudah boleh dirasai. Tetapi harga dan pengorbanan untuk kemajuan yang sedikit ini terlalu mahal.

Di dalam kita merebut dunia, kita telah mengabaikan roh Islam kita. Kita telah meninggalkan cara hidup Islam kita. Kita terpaksa korbankan kasih sayang, persaudaraan, kesatuan, perpaduan dan rasa bersama kita. Kita terpaksa menghadapi krisis, pergeseran, pergaduhan, curiga-mencurigai dan permusuhan. Cara hidup sudah nafsi-nafsi. Tidak ada lagi ukhwah sesama kita. Kita sudah hilang kebahagiaan dan ketenangan seperti mana yang pernah kita rasakan dahulu yang lebih mahal harganya dari kemajuan kebendaan yang sedikit ini.

Sekarang aku sudah merasai keadaan tersebut sejak aku duduk di metropolitan. Terasa nak transfer balik johor je. Tapi rezeki ada di sini. aku teruskan juga kehidupan ini….

About these ads

One Response to “Perubahan hidup di kampung dan bandar….”

  1. Lizz said

    pergh! aku suke entry ko yang ni wei. banyak maksud tersirat ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: