Beberapa tahun dahulu,ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telahvdipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia .
Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
