Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Lalai dalam SOLAT??????

Posted by iorichee on 9 January 2009

Setiap kali azan berkumandang, setiap orang akan diam seketika bagi menghormati azan. Kemudian kita perhatikan orang pergi menunaikan solat dengan segaranya, ada pula menyambung semula aktiviti mereka dan ada pula buat-buat tak tahu jee…

Apa makna lalai dalam solat nie? Tak menunaikan solat? Melambatkan solat? Tak cukup rukun solat? Lalai dalam ialah solat yang didirikan dengan lalai tanpa kita sedar. Cerita dia begini………………………..


“Wahai yang empunya diri ,sudahkan selesai mendirikan solat”
“Sudah ,alhamdulillah.”
“Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”
“Ya”.
“Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu,kamurasakan ia mungkin solatmu yang terakhir,kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”
“Tidak”
“Adakah ketika lidahmu menyebut Allahuakbar,hatimu turut membesarkan Allah?”

“Tidak….”
“Kalau begitu ,kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
“…”

“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah hatimu mengiakan bahawa hidup dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
“Tidak”
“Ketika surah al-fatihah kamu baca ,adakah hatimu bersyukur kepadaAllah,Tuhan yg kamu sembah dan tempat kamu minta pertolongan,lantas kamu memohon di beri petunjuk ke jalan yang diredhai -Nya dan dijauhkan dari jalan yang sesaat lagi di murkaiNya?”
“Tidak.. ”
“Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak membaca apa-apaa dalam solatmu.”
“…”
“Adakah kamu menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului imam?”
“Ya”
“Dan ketika rukuk dan sujud itu adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-Nya dan kamu merasakan Allah itu melihatmu dan menilai solatmu yg sedang kamu kerjakan?”
“Tidak””Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud .”
“…”
“Dalam solatmu,adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allahdengan mengerjakan suatu amal juga kebajikan yg paling utama?”
“Tidak”
“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam,adakah hatimu merasa takut kalau-kalau solatmu yang baru kamu kerjakan itu tidakditerima oleh Allah lalu amalan itu di lemparkan kembali ke mukamu , di samping berharap agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabdian darimu?”
“Tidak..”
“Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak mendirikan solat tidakmengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu.Berwaspadalah kerana Allah telah berfirman:’Neraka wail bagi orang yang solat,yang mereka lalai dalam solatnya’(surah Al-Maun:4-5)

“Astaghfirullahal azim… Ya Allah,berikan aku kekuatan utkmemperbaiki solatku dan menjadikannya wadah utk bertambah dekat dan hampir dengan-Mu.”

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
“Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih,kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya’Hadis tersebut menerangkan betapa banyak sembahyang yang didirikan Oleh seseorang itu tapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyangnya itu. Sebaliknya oleh kerana lalai ketika sembahyang maka Allah swt menjanjikan balasan api neraka pula kepadanya.

Firman Allah yang bermaksud
“Maka kecelakaanlah bagi orang -orang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya”

Dah faham cerita di atas? Walaupon kita dah bersolat, belom tentu solat kita di terima. Tue belum kira orang yang menunaikan solat bersendirian di rumah tanpa berjema’ah di masjid atau surau.  Tak ke kita letih menunaikan solat tapi tidak di terima oleh Allah… boleh di kira kita tak bersolat..

Maka di saat ini, hendaklah kita menunaikan solat sebaiknya. Perbaiki mana-mana bahagian yang kurang. InsyAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: