Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Aurat

Posted by iorichee on 10 January 2009

Bila kita berbincang tentang apa yang kita faham? kenapa kita disuruh tutup aurat? Apa kesan kita menutup aurat dan tidak menutup aurat? apa kah cara menutup aurat sebenarnya? Nak cerita kat sini, aku bukan la insan yang penuh ilmu di dada, tapi kita bole berkongsi fakta2 , nasihat2 dan ilmu yang berguna untuk kita amalkan bersama.

“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran” (surah Al-Asr Ayat : 1-3)

RASULULLAH s.a.w. sewaktu Israk dan Mikraj telah diberi kesempatan oleh Allah SWT melihat ke dalam neraka. Ternyata kebanyakan penghuninya terdiri daripada wanita. Mereka menerima azab dan seksa yang amat menggerunkan.

Jika diteliti beberapa perkara yang dikaitkan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita diazab oleh Allah di dalam neraka, tetapi masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh wanita.

Ada kalangan wanita menutup aurat tapi dalam masa yang sama memakai seluar ketat atau baju yang masih menampakan susuk tubuh mereka. Ada yang menutup aurat tetapi masih bergaul bebas dengan lelaki ajnabi atau masih mudah bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram mereka.

Persolannya, apakah mereka menutup aurat kerana memenuhi tuntutan Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran atau sekadar fesyen atau meniru atau sekadar melepas batuk ditangga? Kalau ini tujuannya, mereka masih terdedah kepada azab Allah atau masih jahil atau buta agama.

Perlu diingat, bagi isteri yang tidak menutup aurat dan suami pula tidak pernah menyuruh isteri menutup aurat sebagai mematuhi perintah Allah malahan bangga pula kecantikan isterinya yang mendedah aurat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka lelaki begini digolongkan sebagai lelaki dayus dan diharamkan oleh Allah untu memasuki syurga walaupun si suami rajin mengerjakan rukun Islam tetapi dalam masa yang sama suami ini telah derhaka dan menolak tuntutan rukun iman.

Begitu juga si bapa yang reda anak-anak perempuan tidak menutup aurat juga termasuk dalam golongan lelaki dayus. Apatah lagi jika si isteri atau si anak perempuan bebas bersalaman dengan lelaki bukan ahram serta bergaul bebas.

Puak Kristian, setelah kalah dalam Perang Salib telah mengatur rancangan yang sungguh halus untuk merosakan akidah umat Islam.

Mereka tidak perlu mengajak umat Islam murtad dengan cara menukar agama tetapi mereka berjaya memurtadkan umat Islam secara halus dan secara tidak sedar, iaitu dengan cara meragukan syariat Islam di hati-hati umat Islam, mempersendakan syariat Islam, menolak perkara-perkara wajib malahan yang sunat pun ada kalangan umat Islam memperlekehkannya.

Mendedahkan aurat juga adalah salah satu kejayaan Barat merosakkan akidah umat Islam apabila ada umat Islam yang secara jelas sama ada melalui lisan atau perbuatan atau tindakan mempermain-mainkan hukum menutup aurat secar terbuka dan jelas.

Perlu diingatkan, apabila terdapat pemimpin yang berapi-api kononnya bercakap tentang Islam, kononnya mempertahankan Islam, tapi dalam masa yang sama kita lihat isteri serta anak-anak perempuan sendiri pun menderhaka kepada Allah secara terbuka (dedah aurat) ketahuilah inilah yang dikatakan golongan fasik lagi munafik. Orang begini tidak layak dilantik atau dipilih menjadi pemimpin kerana derhaka kepada Allah secara terang dan angkuh.

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang”.

Sebuah hadis yang yang diriwayatkan oleh At Tarmizi, “Perempuan itu aurat. Maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia”. Cuba kita bayangkan, bagaimana dengan keadaan seorang wanita keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat, tiba-tiba berlaku kemalangan atau sebagainya menyebabkan kematian, bukankah kematian itu berlaku dalam keadaan melakukan derhaka kepada Allah?

Allah tunjukkan kepada nabi dalam peristiwa Israk dan Mikraj sebagai pengajaran bahawa begitu besar dosa dan begitu ngeri azab yang bakal diterima oleh wanita-wanita yang mendedahkan aurat malahan suami atau bapa mereka turut menerima tempiasnya sekali pada akhirat kelak.

Pelik pada zaman mutakhir ini, ada kalangan wanita kerap pergi menunaikan umrah (kali kedua dan seterusnya) sedang umrah itu hukumnya sunat, menutup aurat itu wajib. Jika mereka tidak melakukan umrah untuk kali kedua dan seterusnya, tidak akan ditanya oleh Allah, tetapi tidak menutup aurat akan diazab.

Mereka dahulukan yang sunat dan tinggalkan yang wajib. Mengapa, kerana jahil, buta agama dan tidak mendapat hidayah.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun” (riwayat Muslim).

Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.

Sekarang kita melihat ada wanita yang menutup aurat tetapi masih terkinja-kinja di atas pentas, terjerit-jerit umpama haiwan di belantara, manusia begini tidak lebih hanya mempersenda-sendakan syariat Allah kerana wanita yang ikhlas, yang benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat.

Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi “Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj ) dedah aurat dan berhias-hias).

Apa gunanya kita melakukan taubat dengan menangis, meratap, tetapi sebaik sahaja habis kita keluar rumah dalam keadaan menderhaka semula kepada Allah (dedah aurat atau bersalaman dengan bukan mahram).

Bukankah ini mempersendakan Allah namanya, maka azab bertambah berat kelak.

Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi reda melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas.

Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman.

Ini belum dikira dosa-dosa lain seperti memilih pemimpin atau pemerintah yang derhaka kepada Allah, melabur wang melalui pelaburan yang diragui halal akan pelaburanya (tidak diselidik secara terperinci), terlibat dengan riba, mendapat projek secara rasuah dan pelbagai lagi dimana semua ini menjuruskan kepada neraka Allah.

Sama-samalah kita insaf bagi mencapai reda Allah

Menutup aurat adalah kewajipan setiap umat Islam untuk melaksanakannya apabila telah sampai had baligh masing-masing. Sehubungan ini Allah berfirman yang bermaksud: Wahai Nabi! Katakanlah bagi isteri-isterimu itu supaya mereka melabuhkan (sehingga menutupi ke atas mereka jilbab mereka) (surah al-Ahzab ayat 59) dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Tutupilah tudung mereka atas lubang tengkuknya (An- Nur ayat 31).

Para ibu bapa dan suami bertanggungjawab menjaga dan mengawasi tingkah laku tanggungan dan keluarga masing-masing supaya dapat menutupi aurat mereka termasuk rambut kepalanya dan lubang tengkuknya. Mereka dikira bersalah sekiranya mengabai atau membenarkan mereka yang di bawah tanggungan cuai dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

Kesimpulannya wanita itu sendiri, ibu, bapa dan suami masing-masing bertanggungjawab atas kesalahan yang mereka lakukan dan kesalahan mereka yang di bawah jagaannya. Tetapi apabila mereka telah menjalankan tugas tersebut dengan baik, maka dosa kesalahan, mereka menanggung sendiri kerana ibu bapa dan suami tidak ada taqsirnya lagi.

Setiap wanita Muslim itu pasti dengan rela hati akan menunaikan perintah Allah sekalipun tanpa arahan orang lain dan tidak akan berani melanggar larangan atau titah perintah-Nya meskipun atas dorongan dan restu daripada sesiapa.

Nabi bersabda yang bermaksud: Tidak harus melakukan kesalahan maksiat kepada Allah s.w.t. untuk mentaati makhluk (riwayat Bukhari dan lain-lain). Sekiranya berlaku demikian (ertinya ibu bapa atau suami sendiri yang memerintahkan isteri atau anak-anak dengan perkara dosa dan maksiat). Adakah harus pihak isteri dan anak-anak mendurhakai perintah tersebut?

Dalam hal ini Allah pernah berfirman bermaksud: Dan sekiranya mereka berdua (ibu bapa ) berusaha untuk menjadikan kamu syirik dengan-Ku maka jangan kamu ikut atau mentaati arahan tersebut tetapi layanilah mereka di dunia ini dengan baik (surah Lukman ayat 15). Maknanya kita masih harus menggauli mereka dengan cara yang sebaiknya. 

Ini copy dari sorang sahabat tentang wanita dan auratnya. Cerita memang menarik. Di sini lah saya nak berkongsi dengan pembaca.. Kita ambik la mana2 yang elok tinggalkan mana2 yg buruk. Kita nie hanyalah hamba Allah yang lemah lagi di lemahkan oleh hasutan syaitan yg di laknat serta orang kafir berusaha nak menjatuhkan diri nilai seorang mukmin.

KESALAHAN Dalam Aurat MUSLIMAT.

KESALAHAN 1 : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN 2 : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN 3 : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN 4 : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN 5 : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN 6 : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN 7 : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN 8 : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.

Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT! DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh kerana itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas .a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah .a, Qatadah dan lain-lain menisbahkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Se-eloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan- perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian lelaki-lelaki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

KESALAHAN 9 : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN 10 : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Sama-ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: