Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Cerita sedikit lawak walaupon tak lawak…

Posted by iorichee on 12 January 2009

SIAPA DILUAR?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang  sakit
berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba
terdengar ketukan keras di pintu luar.  “Siapa di luar?” teriak orang
tua itu dengan ketakutan.  “Saya Malaikat Maut!”
“Oh, syukurlah.  Saya  ingat yang datang anggota polis!”

DIAM  KETIKA MAKAN

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu  dan seorang anak sedang
makan malam bersama.
Anak : “Ayah,  di…”
Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!”
Setelah  selesai makan…
Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau  katakan?”
Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!”

LUPA JALAN PULANG

Jenny   mempunyai   masalah   berat  badan,  lalu  menemui  doktor
untuk mendapatkan  rawatan  dan  nasihat.   Daripada  pertemuan
singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari  selama
sebulan. Doktor  Sin  Chan  ; juga  memberi  jaminan bahawa cara  itu
amat berkesan. Jenny  mengikut  nasihat  yang  diberikan.  Selepas 30
hari  mengamalkan, berat  badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu
gembira lalu  menelifon Doktor Sin Chan. “Tapi sayer ader masalah
besar nih….”  katanyer.  “Apa masalah awak?” DOKTOR bertanyer…..
“Macam mana saya  nak balik doktor,
skang nie,….saya berada 480km dari umah……..

DIPECAT

Majikan : Kamu di  pecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu  lah sebabnya mengapa kamu di pecat…

MR BROWN

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon :  Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

KESIAN MAKCIK  NIE…

“Satu pagi di stesen keretapi… Ada satu makcik  tu dia tanya
Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam  berapa??
Attenden  kaunter:  yang  dari Alor Setar sampai jam 2  petang, yang
dari Kota  Bharu  sampai  jam  1  petang, yang dari Kuala Lumpur
sampai jam 4 petang,  yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la.
Makcik  nak pergi mana??
Makcik:  Tak ke mana. Makcik nak melintas aja.  Terima kasih lah anak,
ni maknanya takde lah keretapi  lalu sekarang  kan … ?  Terimakasih
banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: