Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Aduhai… Empat orang isteriku… Tolong la haku…

Posted by iorichee on 14 January 2009

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai
empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan
memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri
keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.
Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik
untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia
sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha
untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua
temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau
isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat
menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh
pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat
masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua
ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan
mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah
pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi
kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur
semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang
tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini
begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu
memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari
mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia
mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam
hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun,
apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan
jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai
bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling
kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah
sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan
menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu
saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi
begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat
menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan
menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri
ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat
ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan
menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab,
“Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika
kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan
isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu
berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau
selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali
pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan
mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan,
“Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku
hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan
kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini
berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku
akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi.
Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia
bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu
dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri
pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang
kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman,
“Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat
aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini
isteriku.”

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam
hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan
belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak
indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera
apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang
tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat
kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka
akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa
pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu
bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan
menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita.
Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi
kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya
jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan
mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu
menolong kita diakhirat kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: