Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Keje Kilang… Salahkah?

Posted by iorichee on 20 January 2009

Tolong korbankan masa mu…mungkin ia amat bernilai…

Jgn pndg hina org keje kilang…….
dan jgn bezakan anak2

Selagi hayat ada …. Bahagiakan IBUBAPA

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di
kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

‘Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran
mesti dibuat,’beritahu pegawai itu lagi.

‘Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,’ janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
‘Pah… oo..Pah!’ teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
‘Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?’ tanya Mak Pah..
‘ Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke
sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,’cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.
‘Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.’
‘Betullah Pah oii… saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar
segera selewat-lewatnya minggu depan.’
‘Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga
sekurang-kurangnya dalam seribu.’ Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.’Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan
Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.’ Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. ‘Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu
balik boleh kita berunding,’ cadang Pak Uwei.
‘Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata
menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak.’ Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei. ‘Pah…. Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,
hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun
tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.’ Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. Tapi bang?… ‘
‘Dahlah… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,’ pintas Pak Uwei
sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

‘Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm… abah nak
Kis suruh Intan balik
sama?’ tanya Balkis.

‘Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau
dan Muaz. Intan tu ada
ke tidak ke, sama aje. Balik ya?… ,’ balas Pak Uwei.

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati
tuanya cepat benar panas

bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu
mendengar kata
anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas
belajar tidak
seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau
ditegur
sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak
Uwei ingat
gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang
mereka bertengkar
besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang
asing.

‘Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu.
Abah mahu kau sambung
belajar lagi.’ Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat
Intan yang hendak
bekerja kilang.

‘Intan dah tak minat nak belajar lagi abah,
biarlah Intan kerja kilang.
Kerja kilang pun bukannya haram.’ bantah Intan
menaikkan darah Pak uwei.

‘Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja
kilang. Kau tak tengok
berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk
kat KL jauh dari
mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak
bebas macam tu?’

‘Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan
semua yang kerja kilang

duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama
aje, pokok
pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun
boleh, abah.’ Intan
cuba membuat abahnya faham..

‘Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang
dan kakak kau. Cuba kau
tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam
kau ni!’

‘Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah,
Intan suka berterus
terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan
membebel kat
belakang,’ balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara
dalam dada abahnya.

‘Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah.
Kalau kau nak pergi,
pergi… aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?,
telangkup
ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak
nak ambil tahu
lagi!!’ Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak
memperdulikan langsung apa yang

Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali
cuti, dia
bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya
sahaja.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya
pulang, tambahan
pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai
menikmati makan
malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak
di ruang tamu.
‘Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada
hajat sikit,’ Pak Uwei
memulakan bicara.

‘Hajat apa pula abah?’ tanya Muaz yang duduk
di sebelahnya.

‘Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam
senarai. Memandangkan
bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau
dan Balkis bantu

sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,’ Pak Uwei
mengutarakan
hasratnya.

‘Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua
lagi. Az baru aje
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan
dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan,’ ujar Muaz.

‘Tapi… pegawai Tabung Haji tu minta bayaran
dibuat segera selewat-
lewatnya minggu depan.’

‘Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya
tak dapat. Paling tidak

pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis
duit simpanan
budak-budak ni Az keluarkan,’ jawab Muaz serba salah.

‘Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak
buat apa?’ tanya
PakUwei melindungi kekecewaannya.

‘Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat
kami sebab budak- budak
tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun
beli rumah tak
rugi abah, pelaburan masa depan juga,’ sampuk Mira
isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.
‘Kamu macam mana Kis,
boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu
bila ada rezeki
durian berbuah kat dusun kita tu nanti,’ Pak Uwei
berpaling Pada Balkis.

‘Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis
baru aje keluarkan duit
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah
gawat ni faham
ajelah… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit
lagi.’

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan
Balkis.

‘Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam
duit kad kredit boleh.
Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok
pakai duit
pinjaman.’

‘Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti
dengan kemampuan
sendiri baru elok,’ sokong Muaz. Kata-kata Azman dan
Muaz bagaikan sembilu
yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan
Intan, Pak Uwei

terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang
diharap-harapkan
menghampakannya.

‘Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah
abah kau pergi seorang
dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi,’ Mak Pah
bersuara cuba
meredakan keadaan.

‘Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi
Pah!. Tak payah saya tunggu

lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak
pergi… dah tak ada rezeki kita nak buat macam
mana?’ Pak Uwei bangun
masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang
tua itu tidak
menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya
teramat sangat
kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung
akan
mengecewakannya begitu.

‘Anak awak tu tak balik ke?’ tanya Pak Uwei
pada Mak Pah bila Intan tidak

turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
‘Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,’ balas Mak Pah sambil mencapai

kain selendangnya..

‘Nak ke mana pulak tu?’ tanya Pak Uwei melihat
MakPah bersiap-siap.

‘Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya
Intan, kuih lepat ubi
kegemarannya. ‘ Sengaja Mak Pah menekan suara bila
menyebut anaknya. Bukan
sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar
membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap
hendak keluar.

‘Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap
ni?’

‘Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi
dulu ye.’

‘Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu
hantarkan,’ suruh Mak Pah.

‘Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat
ni. Nanti bising pula
abah tu. Intan pergi dulu..’sambil mencium tangan Mak
Pah yang menggeleng
kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang
keras hati, membuat
anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak
dan abahnya sedang
menikmati juadah tengah hari.

‘Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar
tu? Mari makan sama.
Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak
cili api.’

‘Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan
rupanya,’ usik Intan tak bertangguh

mencapai pinggan.

‘Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak,
cuma anak-anak aje yang
lupakan mak bapak,’ jawab Pak Uwei sinis.
Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk,
Intan menunaikan
solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak
dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang
membaca
suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

‘Mak, abah… Intan ada hal sikit nak cakap ni…
,’ ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar
yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang
digunakan untuk
membaca.
‘Apa hal… kamu nak kahwin ke?’ soal Pak Uwei
merenung Intan. Tawa Intan
meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa.
Mak Pah pun tergelak

sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang
hilang dulu mula menyatu. ‘Abah ni… ke situ
pulak….’

‘Habis tu?’

‘Ini… Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil
dalam laci tu. Yang ni,
resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah
uruskan. Dan ini dua
ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus
lagi ni untuk buat
kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.’Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

‘Apa??’ Pak Uwei terkejut matanya merenung
Intan dan duit di tangannya
bagai tidak percaya.

‘Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu.
Duit hasil titik peluh
Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak
kali
kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati
abah. Selama ini
pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak
Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis,
apatah lagi bijak
seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan.
Hanya kali ini
Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah
tangguhkan hasrat
nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu
mak pula tak
sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi
terima
pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,’
tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni
pipi abahnya yang
sudah berkedut dimamah usia.

‘Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil
duit kamu… dulu abah
selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan
tinggi tapi
akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu
abah,’ luah Pak Uwei
sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak
yang selama ini
dimusuhinya.

‘Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita
ungkit-ungkit lagi. Intan
gembira abah sudi terima pemberian Intan.’

‘Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan
mak kau Intan…’ujar
Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

‘Hah… tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan
anak saya ni,’ MakPah
mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.

‘Mak ni… ,’ gelak Intan memandang abahnya
yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak
saudara yang datang
menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan
perasaan gembiran
bercampur hiba.

‘Semua dah siap ke mak?’ tanya Intan menjenguk
ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di
Mekah.

‘Dah rasanya… ada apa-apa yang Intan nak pesan
mak belikan di sana
nanti?’

‘Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang
nak dibeli mak. Yang
penting mak dapat menunaikan ibadah dengan
sempurna.’

‘Hah, awak dengar tu…. kita ni nak pergi
menunaikan ibadah, bukan nak
membeli-belah, ‘ tambah Pak Uwei yang turut mendengar
perbualan dua-beranak

itu.

‘Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun
dari sana . Hanya satu
yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan
akhirat,’
pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak
Uwei berpandangan.
Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
………… ……….. ……… …….
Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di
tanah air. Pak Uwei
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan
telah
menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit
rasa tidak sedap
di hati.. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan
bagai menyentap
tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu
Intan di tanah
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai
memberitahu yang dia akan
pergi jauh.

‘Kenapa resah aje ni, bang?’ Mak Pah terjaga.

‘Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan
dan anak-anak kita.’

‘Sabarlah, dah nak sampai dah ni,’ pujuk Mak
Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman
menanti mereka.

‘Mak… abah… ,’ Muaz meraih emaknya dalam
pelukan dan kemudian abahnya

tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

‘Mana yang lain ni, kamu berdua aje?’ Pak Uwei
tertinjau-tinjau mencari
wajah Intan.

‘Mereka menanti di rumah, abah,’ beritahu
Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei. ‘Intan pun tak datang juga
ke?’ Tanya PakUwei
terasa hampa.

‘Awak ni… kan Man dah kata mereka menunggu di
rumah.’ Mak Pah
menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari
mulut
suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai
ke rumah terasa
begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan
suaminya turut
berasa bagai ada yang tak kena.

‘Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau
terjerit-jerit dia
panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia
gelihati.’
cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil
mengerling Azman
yang sedang memandu.

‘Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang
bagi dia duit,’ balas
Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

‘Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az,
dalam mimpi abah tu,
abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh.
Tapi dia tak
bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa
dengan kau Az?’

‘Err… tak ada abah. Kita berhenti minum dulu
abah, tentu mak haus,’
ajak Azman menukar tajuk perbualan.

‘Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak
balik,’ tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari
kereta, Balkis
meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long
Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada
menitiskan air mata.

‘Mak dengan abah sihat ke?’ tanya Mira setelah
bersalaman dengan ibubapa
mentuanya.

‘Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana,
dia tak balik ke?’ Mak
Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

‘Naik dulu Ngahnya…,’ suruh Long Semah.

‘Intan mana?’ Pak Uwei mula hilang sabar bila
tak seorang pun memberitahu
di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik
Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak
di sebelah katil
yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

‘Az… mana Intan? Mana adik kau Az?’ tanya
Pak Uwei dengan suara yang
menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi
pintu.

‘Sabar abah… ,’ Muaz menggosok belakang
abahnya.

‘ Kenapa Az … kenapa?’ Mak Pah menurunkan
Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

‘Mak… Intan dah tak ada mak,’ Balkis tersedu
memeluk emaknya yang
terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak
Pah terus pengsan.
Bila dia terjaga dia melihat anak menantu
mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

‘Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan
pergipun dalam keadaan
tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji
dah tertunai,’
pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

‘Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang
dah tahu dia tak akan
hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.
Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita
jangan sedih
atas pemergiannya.
Dia minta kita doakan dia,’ Pak Uwei menepuk lembut
bahu Mak Pah.

‘Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa
nazaknya?’ tanya Mak Pah
tersedu sedan.

‘Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti
detik kematiannya mak.
Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak
kemaskan rumah sebelum
mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba
malam Khamis tu

lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh
bangun. Az nak
hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.
Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal
subuh hariJumaat
mak… tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup
tenangmak,’
cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan
bagaimana Intan
memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.
Dan ketika itu
bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,’Intan tak
nak mak dan abah
belikan satu apa pun dari sana .. Hanya satu yang Intan
mahu, mak dan abah
doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat..’

Tamat….

Menitik air mata saya membacanya…..

Moral cerita … buat baik dan berbaktilah kepada
kedua ibu bapa
sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda
hanyalah
sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh
badan kita bernyawa. Renung-renungkan.
kepada para ibubapa..didik la anak sebaiknya..
JANGAN SESEKALI MEMBEZAKAN DIANTARA ANAK2…
WALAU SEJAHAT MANA ANAK TU.. IA ADALAH REZEKI &
RAHMAT KEPADA KELUARGA…
WALAU KITA BERAMAL IBADAT SEKUAT MANAPUN..TP ANAK DI BEZA
BEZAKAN…
BELUM TENTU AMALAN KITA DI TERIMA DI AKHIRAT KELAK..
RENUNG2KAN LAH…

Ø Allah telah menetapkan setiap yg di jadikan
olehNYA pasti ada perkara yg TERSIRAT…
Bermohonlah supaya kita di beri HIDAYAHNYA… kerana ia
adalah jalan yg sukar ditemui w/pun kita Seorang yg CELIK
matanya…

2 Responses to “Keje Kilang… Salahkah?”

  1. meng said

    cdey cngat2!!!!wuaa..

  2. iorichee said

    citer nie mmg suka baca…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: