Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Mengenal diri melalui rasa hati – Pemarah

Posted by iorichee on 14 February 2009

Sifat pemarah berasal dari sifat sombong (ego).

Lagi besar ego seseorang itu lagi besarlah pemarahnya.

Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang.

Kalau tinggi kedudukannya, besar pangkatnya, banyak hartanya,

ramai pengikutnya maka tinggilah egonya dan menjadi-jadilah pemarahnya.

Sebaliknya seseorang yang rendah taraf kedudukannya kuranglah rasa ego

maka kuranglah sifat pemarahnya.

Lihat antara seorang ayah dengan anaknya.

Jarang kita dengar si anak memarahi ayah. Yang selalu berlaku ialah ayah memarahi anak.

Atau antara tuan rumah dengan orang gajinya.

Tidak pernah orang gaji marahkan tuannya tetapi tuan selalu marahkan orang gaji itu.

Atau seperti murid dengan guru. Murid tidak pernah marah gurunya tetapi guru selalu marahkan

muridnya.

Sebagai misalan yang lain, ketua pejabat dengan pekerjanya.

Jarang kerani marahkan “boss”nya tetapi boss selalu marahkan keraninya. Begitulah seterusnya.

Jarang kita temui seorang ayah, guru, ketua pejabat, tuan rumah dan seorang pemimpin yang

tidak bersifat pemarah terhadap orang-orang di bawah mereka.

Pendeknya sifat pemarah ini ada pada setiap orang dari kita seperti hasad dengki.

Pemarah juga adalah sifat mazmumah yakni sifat terkeji.

Ia boleh memecahbelahkan hati-hati manusia. Sebab itu seorang yang pemarah adalah seorang

yang biadap terhadap Allah SWT.

Kenapa mesti marah ?

Cuba kita renung sebuah bait gubahan seorang mujahid:

Takdir Allah sudah putus dan putusan Allah sudah terjadi.

Istirehatkan hati dari kata-kata “barangkali” dan “kalau “.

Setiap kesilapan dan kelemahan manusia pada kita adalah ujian Allah untuk kita.

Allah mahu lihat siapa yang mampu menahan rasa malunya kepada Allah sambil mengucapkan

“Innalillahi wainna ilaihi raji’un”

Mari kita lihat bagaimana tindakan seorang mukmin sejati terhadap takdir-takdir buruk yang

menimpa hidupnya:

Ahnaf bin Qais adalah seorang yang lemah lembut. Beliau ditanya orang: Dengan siapakah beliau

belajar berlemah lembut itu?

Ahnaf menjawab, “Dengan Qais bin Asim iaitu pada suatu hari ketika Qais bin Asim sedang

berehat-rehat masuklah jariahnya (hamba) membawakan Qais panggang besi berisi daging panggang

yang masih panas.

“Belum sempat diletakkan di depan Qais tanpa sengaja besi pemanggang itu jatuh menimpa

anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan hingga meninggal dunia.

Qais dengan tenang melihat kejadian yang menyayat hati itu dan berkata kepada hamba yang pucat

mukanya, “Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu, tetapi mulai hari ini kamu aku merdekakan.”

“Begitulah sopan santun dan lemah lembutnya Qais bin Asim,” Kata Ahnaf bin Qais mengakhirkan ceritanya.

Bukan Qais tidak sayangkan anaknya tetapi hatinya sentiasa melihat pentadbiran Allah dan

sentiasa merasakan sesuatu kejadian adalah takdir dari Allah, sentiasa sabar dengan Allah,

redha dengan Allah serta rasa kehambaannya pada Allah, rasa malu, hina dan takut dengan

kekuasaan Allah membuat Qais tenang menghadapi kematian anaknya disebabkan kecuaian hambanya.

Hati Qais memandang kejadian itu sebagai ujian Allah ke atasnya barangkali untuk penghapusan dosa

atau untuk mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Kerana itu hatinya tenang.

Dia (Qais) redha dengan ujian itu malah dengan ujian itu dirasakan mendapat peluang untuk

mendekatkan lagi hatinya pada Allah SWT. Sebab itu dia tidak nampak lagi kesalahan jariahnya.

Bukan sahaja dia tidak marah malah rasa kasihan pada jariah yang ketakutan itu memaksa Qais

Membebaskan hambanya itu. Dia hanya nampak pentadbiran Allah yang wajib diterima tanpa soal jawab

dan tanpa “kalau” lagi.

Demikian rasa kehambaan yang menghiasi hati dan roh Qais, seorang yang cukup berakhlak terhadap

Allah SWT dan terhadap manusia (hambanya).

Demikian rasa marah lahir dari perasaan “ketuanan” yang ada dalam hati kita. Kita rasa kita yang lebih besar,

kita lebih mulia, lebih hebat dari orang lain.

Tanpa perasaan-perasaan itu tidak mungkin kita jadi pemarah. Kita akan berlemah lembut, memaafkan

kesalahan orang dan bertolak ansur dengan sesama manusia. Sebab kita manusia sama sahaja yang datang

ke dunia melalui jalan yang gelap, lubang kencing yang hina tanpa sedikitpun harta, dalam keadaan busuk

hanyir, ***** dunggu, pekak, bisu, buta, capek dan hodoh sekali.

Firman Allah:

Terjemahannya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui

sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati. Moga-moga kamu bersyukur.

(An Nahl: 78)

Allah-lah yang mencantikkan kita kemudiannya dan diberi sedikit kelebihan.

Kepandaian dan keistimewaan itu Allah pinjamkan sekejap sahaja.

Tujuannya supaya kita dapat beribadah dan berbakti menurut kehendak-Nya (bersyukur).

Bukan untuk kita rasa kita lebih mulia, kita hebat hingga datang pula perasaan-perasaan sombong,

riak, bengis dan pemarah kepada orang lain yang agak kurang dari kita.

Sepatutnya bila kita rasa ada kelebihan pada kita, kita jadi takut pada Allah.

Takut kalau-kalau nikmat itu tersalah guna hingga menderhakai Allah Taala dan berdosa pada manusia.

Takut kalau-kalau nikmat itu menjadikan hati rasa “tuan” maka timbullah sifat ego yang besar yang

membiakkan bermacam-macam mazmumah yang sangat dibenci oleh Allah.

Firman-Nya:

Terjemahannya: Dalam hati mereka ada penyakit lalu Allah tambahkan penyakit mereka.

(Al Baqarah: 10)

Kita mesti ubati penyakit hati kita. Ertinya kita mesti buang rasa “ketuanan” kita iaitu dengan melakukan mujahadatunnafsi.

1. Mula-mula kita mesti rasa malu kepada Allah. Kalau ada orang besar di rumah kita, sanggupkah

memarahi isteri kita di depan orang itu? Tentu tidak.

Allah sentiasa melihat malah sentiasa bersama kita. Kalau kita yakinkan ini tentu kita tidak akan jadi

pemarah lagi sebab kita tahu Allah tidak suka kita jadi pemarah. Rasa malu dan takut kepada Allah akan

membuatkan kita sentiasa berlemah-lembut dan memaafkan kesalahan orang kepada kita.

2. Bila datang rasa hendak marah kita kata begini: `Ya Allah, aku tahu pemarah itu adalah hina di sisi-Mu.

Tolonglah pelihara diriku daripada kejahatan nafsu ini dan selamatkan aku daripada api Neraka.’

3. Sesudah itu kita diam. Jangan marah tetapi banyakkan zikir dan ingat kebesaran Allah.

Allah Tuhan yang Maha Besar itu pun bersifat sangat pemaaf. Siapa kita untuk jadi pemarah?

Bukankah kita hamba yang hina dina?

4. Kita harus insaf bahawa setiap manusia termasuk diri kita sendiri, ada kelemahan dan kekurangan.

Kalau hari ini orang bersalah pada kita, maka tidak mustahil bahawa nanti kita pula bersalah dengan orang.

Kalau kita bersalah kita tidak suka orang marahi kita. Maka begitulah juga kalau orang yang bersalah

dengan kita dia tidak suka kalau dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Firman Allah:

Terjemahannya: Maka katakanlah (hai Musa dan Harun) kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang

lemah lembut mudah-mudahan ia ingat dan takut.

(Thaha: 44)

Sudah begitu jahat dan kufurnya Firaun terhadap Allah, namun Allah masih lagi perintahkan kepada Nabi-Nya

supaya berlemah lembut. Sebab hanya dengan lemah lembut, hati manusia boleh lembut dan jadi insaf dan takut.

Sebaiknya kalau kita berkasar bukan sahaja orang yang dikasari tidak menerima teguran kita malah dia benci dengan

kekerasan kita. Di sisi Allah pula kita tercatit dengan kekerasan kita. Di sisi Allah kita tercatit sebagai orang yang

tidak berakhlak dan tidak berhikmah sedangkan Allah memerintahkan kita supaya berhikmah:

Serulah (semua munusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pengajaran yang baik dan berhujahlah

dengan mereka secara yang paling baik.

(An Nahl: 125)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: