Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Citer Cinta…(Copy dan Paste)

Posted by iorichee on 24 February 2009

Dear Diary,

 

Gembiranya aku hari ini.. hehehe…Tadi aku pegi umah mak ngah, nak tahu tak?? Prince charming aku tue dapat 10A1!! hebat kan??.. bangga pula rasanya.. hua3.. tapi yang x bestnya, si dia x de la.. dia ikot pak ngah pegi mana ntah.. ala, time aku pegi, time tu la dia xde! xpe2, next week boleh jumpa! yahuuuuu!!!! hik2..

  Leganya rasa akhirnya dah abes final! hihi.. x lama lagi tau result! ini yang x sabar nie.. boleh ler aku tuntut kat jat! keekekek…alah, aku yakin gila nie add  math aku sure tinggi dari dia tau! yela, aku tgk dia x stady pon! asyik baca komik ,men bola la.. bukan macam aku rajin.. muahahhaha…padahal nak menang punya pasai, sanggup aku x tido malam stady! heheheh.. takpe, demi putera idaman, aku sanggup! Ouh faizul!!! nges3..

 

‘Woi!!’ Aizat menyergah Aneesa dari belakang.

 

Terpelanting pen yang dipegangnya dek kerana terkejut. Aneesa menyumpah-nyumpah Aizat di dalam hati. Mangkuk betul la!! Aku baru tengah ‘feel’ tau!! Aizat tidak dapat menahan tawa melihat Aneesa yang kelam kabut menutup diarinya. Dia sempat mencuri-curi pandang tadi, dia hanya sempat melihat perkataan faizul..

 

  ‘ Faizul?? erkk, bukan ke tu sepupu Nis?.. kenapa ada nama dia pula? Hah! biar betul, Nis suka Zul?’

 

  ‘Ah, sibukla kau Jat! Suka-suka ja ceroboh bilik orang!’

 

 Aneesa menempelak Aizat yang langsung tidak peduli. Malah dengan selambanya dia duduk di atas meja Aneesa.

 

  ‘Alah Nis, macam la tak biasa. Kau tu pun sama, suka-suka ja ambil komik aku, tup-tup hilang! Hah, mana komik aku tu, aku tak baca lagi tau! ‘

 

Aneesa tersengih. Alahai, camna dia boleh sedar pula komik dia hilang.

 

  ‘Ala, pinjam jela! Kedekut! Nah ambi’l balik!’

 

Aneesa pura-pura merajuk. Aizat tergelak kecil. Seronok dia dapat mengusik Aneesa. Hidup dia akan rasa kekurangan kalau tidak dapat melihat muncung Aneesa setiap kali diusik. Baginya, Aneesa adalah segala-segalanya. Dia suka melihat Aneesa merajuk, ketawa. Tetapi dia tidak sanggup melihat Aneesa bersedih, sebab itulah dia sanggup lakukan apa sahaja untuk Aneesa. Di sekolah, dia sudah dicop sebagai ‘bodyguard’ Aneesa. Sebab dia, tiada pelajar lelaki yang berani mengusik Aneesa.

 

  ‘Eh, kau tulis pa tadi? Buat puisi pasal kembar kau yang ‘handsome’ ni ekk?? Oh Jat, wajahmu bersinar bak mentari..’

 

Kata-katanya terputus kerana tidak dapat menahan tawa. Aneesa yang tadi muncung mengikut ketawa bersama.

 

  ‘Eee, perasannya!! Tak ingin la! Habiskan dakwat pen aku ja tau!’

 

 Aneesa menjelir lidah. Perasan betul! Aku tulis tentang putera idaman la! hehe..

 

  ‘Ah kau! Kau ni zaman batu ke pa! Sekarang tak main la diari, orang buat blog la,’

 

Seraya itu tangannya menepuk perlahan kepala Aneesa, tak sempat Aneesa menepis.

 

  ‘Ah malas la blog. Takde ‘privacy’ tau !’

 

  ‘Ala, kau nak segan pe, setakat tulis sajak pasal kekacakan aku, aku tak kisahla.. hahahaha.. ni, ma suruh turun. Makan.’

 

  ‘Em, malas la, dah kenyang,’

 

  ‘Bagus! Boleh aku habiskan ayam kau!’

 

Aizat sudah tersengih lebar. Ciss, bukannya nak pujuk aku makan! Gumam Aneesa di dalam hati.

 

  ‘Oit, tutup pintu!’

 

Aneesa menjerit kecil.

 

  ‘Tak nak!’

 

Jerit Aizat kembali. Dia berlari-lari anak menuruti tangga.Ah, dasar! Jatuh tangga padan muka! Boleh aku buat kenduri 4 hari 4 malam! Hihi.. Ah, biar senakal mana pun Jat, aku tahu dia sayang

aku. Nasib baikla da Jat, kalau tak, sunyi la hidup aku. Aneesa tersenyum sendiri.

 

**** *

 

Dear diaryBestnya! !! Hari ini aku dapat tahu result add math! hahah.. seperti yang dijangka! aku menang! means marks aku tinggi la dari Jat. Tapi lebih 3 markah je.. huk3.. aku pelik la, pandai juga Jat tu, tengok macam x belajar ja.. agaknya dia stady sambil tidur kot??Ah, x kisahlah! Yang penting sekarang ni aku boleh minta Jat tunaikan permintaan aku.. hihi.. Esok adalah harinya! Yeahuuuuuuu! !!!Aneesa menutup diarinya yang sebenarnya dihadiahkan Jat. Itupun sebenarnya atas permintaannya. Dia pun tidak sedar sejak bila mereka bermula bertaruh. Bagi yang kalah, kenalah turuti satu permintaan yang menang. Selalunya mereka akan berlawan dalam peperiksaan dan seringkali pemenangnya mestilah Aneesa. Aizat pernah menang sekali, itupun dalam mata pelajaran kemahiran hidup masa PMR dahulu. Akibatnya Aneesa terpaksa mengeluarkan duit belanjanya selama seminggu untuk menuruti permintaan Aizat. Apa lagi kalau bukan komik. Aizat memang hantu komik, Aneesa pula lebih gemar membaca majalah seperti remaja, hiburan. Aneesa juga kuat berangan, seperti kebanyakan gadis, dia suka menghabiskan masa membaca novel-novel cinta. Dan dia akan membayangkan Faizul ,sepupunya yang dua tahun lebih tua darinya sebagai hero novel dan dia pula heroinnya.

 

  ‘Wah, seronok nampak!’

 

 Aneesa yang sedang asyik membalas sms Faizul tersenyum malu.

 

  ‘Mestila!’

 

  ‘Zul la tu? Nasib ada aku kan? Kalau tak, takde Zul tu nak layan budak songeh macam kau ni! hahahah..’

 

Aneesa mencebik geram. Suka sungguh mengutuk aku. Tahu lah aku ni perangai macam budak-budak. Hello, I’m only sixteen ok!

 

‘Yela! Tima kasih bebanyak ye! Ala, tapi kan, ni semua atas usaha aku gak! Dah aku menang, kau

kenala buat apa yang aku suruh!’

 

Aizat mencebik.

 

  ‘Bagusla kau ‘happy’. Aku pun ‘happy’.’

 

Balas Aizat perlahan. Namun Aneesa masih dapat mendengar. Aik, kenapa pula dengan Jat. Dia tak suka ke aku kawan dengan Faizul? Sebelum ni Aneesa tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki kecuali Aizat. Di sekolah, dia lebih selesa bersama rakan-rakan perempuannya tetapi dia tahu Aizat sentiasa menjaganya semasa di sekolah. Pelajar lelaki memang tidak  berani mengusiknya. Entah kenapa, dia tidak berasa terkongkong, malah berasa selamat.

 

  ‘Jat, kau tak suka Faizul ke?’

 

  ‘Eh, takdela! Orang macam Faizul tu memang sesuai dengan kau. Dia kan pandai. Bakal doktor pula tu.

Seronok la kau. Tercapai juga impian kau nak kahwin doktor!’

 

Aneesa tersenyum kecil. Tak sangka pula Jat masih ingat impiannya semasa kecil dahulu. Haha, lawak pula bila dikenang. Kecil-kecil dah berangan nak kahwin!

 

  ‘Eh, weekend ni jom tgk movie!’

 

Aizat menepuk perlahan bahu Aneesa.

 

  ‘Hah!’

 

Aneesa terjerit kecil. Terbang kenangan dia dengan Aizat semasa kecil dahulu.

 

  ‘Ish kau ni! Berangan ja keja! Taula tengah angau dengan Zul!’

 

Usik Aizat.

 

‘Ah, mana da! Apa kau cakap tadi? Tengok movie?’

 

Aizat mengangguk laju.

 

  ‘Alamak, emm.. Faizul..’

 

‘Oh, takpe.. Dia dah ajak keluar ek? Bagusla, lagipun korang tak pernah lagi kan date!’

 

Potong Aizat. Aneesa tersenyum malu. Jat, kau ni, tahu-tahu aja! You are the best!

 

  ‘Ok, have fun! Tapi kalau dia buat apa-apa, ‘call’ aku cepat-cepat tau!’

 

Gurau Aizat. Dia tahu Faizul baik orangnya, mustahil Faizul hendak mempermainkan Aneesa. Sebab itulah dia membenarkan Aneesa keluar bersama Faizul. Kalau orang lain, nak dekati Aneesa pun dia tak benarkan tau!

 

  ‘Thank Jat. Lain kali aku temankan kau ye. Jat, emmm mama..’

 

  ‘Ala, aku tahu.. nanti mama tanya, pandai-pandailah aku cover!’

 

  ‘Yes!! Thanks ye!’

 

Aneesa tersenyum gembira. Aizat turut senyum. Demi kau, aku sanggup buat apa sahaja, asalkan kau gembira. Tapi adakah aku gembira? Kenapa hatiku rasa sakit dan kenapa aku rasa makin jauh dengan

Nis? Aizat mengeluh.

 

  ‘Kenapa Jat?’

 

Tegur Aneesa, menyedari Aizat yang berubah wajah, tidak seceria tadi.

 

  ‘Takde la. Aku tengah fikir nak ajak date dengan awek mana weekend ni,’

 

Sengaja Aizat menipu. Padahal dia langsung tidak minat dengan mana-mana perempuan di sekolahnya. Bukannya tak ada yang meminatinya, tapi entahla, dia lebih selesa sendiri dan meluangkan masa bersama Aneesa.

 

  ‘Ee, perasannya! Mentang-mentang la banyak peminat ! Aha, lupa pula aku nak bagitahu. Ingat tak Amira?’

 

  ‘Budak baru tu? Eh mestila ingat !Awek cun tu!’

 

Aneesa mencebik. Ah, lelaki! Yang cun ‘sure’ ingat!

 

  ‘Bagusla macam tu. Sebab aku rasa kan dia macam minat kat kau. Dia selalu tanya pasal kau.’

 

  ‘Oh yake.. Dah tu kenapa?’

 

Tanya Aizat buat-buat tidak mengerti.

 

  ‘Ish, lembap betullah! Ngorat la dia, cuba kau tegur-tegur dia. Mana tau, boleh buat awek, so nanti aku tak payah temankan kau tengok movie. Amacam, mantap tak idea aku?’

 

Aneesa tersengih bangga.

 

  ‘Boleh pakai juga otak kembar aku ni!’

 

Sambil itu dia menepuk kepala Aneesa. Aneesa terjerit kecil.

 

****** **

 

  Aneesa berasa gembira dapat meluangkan masa bersama Faizul. Pertama kali dalam hidupnya keluar dengan lelaki selain Aizat. Impiannya untuk mengenali Faizul sudah tercapai. Banyak dia tahu tentang Faizul sekarang. Aneesa mula berubah, sejak kenal Faizul, dia lebih suka memerap di dalam bilik. Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku penyiasatan dan pembunuhan kerana Faizul minat buku-buku sebegitu.

 

  Tetapi kegembiraan itu tidak lama, entah kenapa dia terasa sesuatu yang hilang. Aneesa teringatkan Jat, mereka sudah lama tidak meluangkan masa bersama. Bukan dia tidak mahu, tetapi dia dapat rasakan Jat makin jauh darinya. Jat tidak lagi mengusiknya seperti dahulu, malah susah sekali mahu berjumpa dengan Jat walaupun mereka tinggal sebumbung. Jat selalu sahaja keluar rumah dan balik lewat malam sehinggakan papa dan mama menegurnya. Mama ada memintanya bertanya Aizat kalau-kalau dia ada masalah kerana mama tahu mereka memang rapat sejak kecil dan tak pernah berahsia. Dia cuba bercakap dengan Jat tetapi Aizat bersikap dingin terhadapnya. Alasannya dia letih main bola dan mahu tidur. Bunyi sms mengejutkan Aneesa.

 

    Dilihatnya di skrin, sms daripada Faizul. Untuk pertama kalinya dia tidak membalas sms Faizul. Entah kenapa dia rasa dia bukan dirinya sejak rapat dengan Faizul. Faizul seorang lelaki yang baik, terlalu sempurna dan amat bercita-cita besar. Dia bukan seperti Aizat, yang tidak sopan, keras kepala, perangai gila-gila dan amat gilakan komik. Aizat juga suka mengusik dan mengutuknya, berbeza sekali dengan Faizul yang sopan dan melayannya dengan baik.

 

  Bersama Aizat aku dapat jadi diriku, aku tak perlu berpura-pura berlagak seperti gadis yang matang. Aku boleh gelak sekuat hati aku, aku boleh menangis tanpa segan, aku boleh jadi aku! Aneesa tersentak. Kenapa baru sekarang dia tersedar yang selama ini dia tak pernah sukakan Faizul. Bila bersama Faizul, dia selalu membandingkan Faizul dengan Aizat. Selama ini, perbualan mereka pun banyak berkisar tentang Aizat. Dia ingat lagi semasa mereka ke MPH, aku beriya-iya bercerita tentang Aizat apabila ternampak komik kesukaan Aizat. Tapi mustahil aku sukakan Jat??!! Dia kan kembar aku! Dia juga abang aku! Tidak, dia bukan kembarku, apatah lagi saudaraku! Kami langsung tiada pertalian darah! Aneesa berperang dengan perasaannya sendiri sehinggalah dia tertidur keletihan.

 

** **

 

Aneesa mendengus marah. Sakit hatinya melihat kemesraan Amira dan Aizat. Mengertilah dia kini mengapa Aizat tidak mahu melayannya lagi. Yela, dia sudah ada Amira! Amira boleh temankan dia pergi tengok movie! Boleh temankan dia pergi membeli komik! Aneesa menghempas geram buku di atas meja. Aizat yang sedang asyik berbual dengan Amira menoleh. Dia hairan dengan sikap Aneesa sejak akhir-akhir ini.

 

  Selalu bermasam muka, agaknya bergaduh dengan Zul kot, yela orang tengah bercinta kan. Tak mengapalah, balik rumah ni, aku tanya, mana tahu dapat tolong. Aku tak sanggup melihat Aneesa sedih begini.Sampai sahaja di rumah, Aizat terus memanjat tangga menuju ke bilik Aneesa. Sudah sebulan mereka tidak pulang bersama, sengaja dia mengelak balik bersama Aneesa kerana dia mahu menjauhkan diri dari Aneesa. Lagipun, Aneesa sudah tidak perlukan dia, dia tak perlu lagi menjadi peneman Aneesa.

 

  Tanpa mengetuk pintu, dia mendapatkan Aneesa yang sedang asyik menulis sesuatu di meja. Tidak seperti dahulu, dia pasti akan menyergah Aneesa yang sedang leka menulis. Dia mencuit bahu Aneesa lembut. Aneesa tidak menoleh. Sebenarnya dia sedar kehadiran Aizat. Namun, Aneesa tidak berani bersemuka dengan Aizat. Dia geram dengan Aizat dan dirinya! Dia geram kerana amat sukakan Aizat. Dia tahu dia tak sepatutnya menyukai Aizat, dia pasti Aizat hanya menganggapnya seperti adik selama ini. Tidak mungkin dia dapat bersama Aizat dan tak mungkin mereka dapat mesra seperti dahulu. Apa patut aku buat untuk hilangkan perasaan ini?

 

Yang peliknya, perasaan yang dipendam selama ini kepada Faizul mula pudar setelah mengenalinya. Ah, benci betul! Dah gila agaknya aku ni!

 

‘Nis..’

 

Tutur Aizat lembut. Aneesa yang sudah lama rindukan panggilan itu hampir menangis mendengarnya. Aizat akan memanggilnya Nis apabila dia dalam kesedihan. Aizat akan berubah watak apabila melihat dia sedih. Dia akan memujuk Aneesa dengan lembut dan mendengar rintihannya biarpun selalunya hanya sekadar masalah kecil.

 

‘Nis, cerita kat Jat. Apa Zul dah buat? Nanti Jat belasah dia!’

 

  Sengaja Aizat menyebut nama Faizul. Mana tahu memang Faizul menjadi punca kesedihan Aneesa.

 

‘Tak ada kaitan dengan dia! Leave me alone!’

 

  Jerit Aneesa. Aizat kaget. Tidak pernah Aneesa marah sebegini. Nasib baik mama dan papa keluar, kalau tak mesti diorang ingat kami bergaduh.

 

‘Nis.. jangan la macam ini. Mana Nis dahulu yang ceria? Jangan la sebab lelaki tu, Nis jadi

macam ini ! Nis ni comel tau, banyak lagi lelaki lain gilakan Nis tau !’

 

Aizat masih cuba memujuk Aneesa.

 

‘Ah sibuklah !Kau pergilah layan Amira ! Tak payah nak care pasal aku! Tahu la aku nak handle!’

 

  Aizat tersentak. Kenapa nak kaitkan dengan Amira pula ini. Dia juga yang suruh aku keluar dengan Amira dulu. Aizat cuba bersabar melayan kerenah Aneesa. Dia mesti tahu punca Aneesa jadi begini.

 

‘Nis, kenapa ni? Dah tak nak cerita dengan Jat? Dulu, Nis tak pernah berahsia dengan Jat,’

 

  Aneesa mendengus geram. Sebab kau la bodoh! Sebab aku suka kau! Dan aku tak dapat terima hakikat kau boleh mesra dengan orang lain selain aku! Ya, aku tahu aku amat pentingkan diri. Tapi makin

hari, perasaan ini makin kuat. Aku mahu belajar untuk tidak bergantung dengan kau lagi. Namun kata-kata itu hanya bergema di dalam hati.

 

‘Nis, please.. cite kat Jat. Jat tak sanggup tengok Nis sedih,’

 

‘Can you stop acting like you are my brother!!’

 

  Jerit Aneesa. Entah kenapa dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu. Aizat tidak dapat bersabar lagi dengan kerenah Aneesa. Dia berasa amat terluka dengan kata-kata Aneesa.

 

‘Fine! Kalau itu yang kau nak!’

 

  Aneesa terkedu. Pertama kali dia mendengar nada keras dari Aizat. Selama ini, jika mereka bergaduh seteruk manapun, Aizat akan beralah dan tidak akan meninggikan suara sebegitu. Adakah Aizat membencinya kini?Sebelum keluar dari bilik Aneesa, Aizat menoleh melihat Aneesa yang langsung tidak memandangnya.

 

‘Jat minta maaf sebab selama ini jadi abang Nis. But remember this, I have never asked to be here, I have never asked to live with you! Tapi Nis jangan risau, nanti Jat akan keluar juga dari rumah ini, buat masa sekarang, Nis terpaksa lihat muka Jat,’

 

  Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya menitis juga. Tahula Aneesa ,Aizat tidak membencinya tetapi dia sudah terluka. Terluka sebab aku yang bodoh! Aku tak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang sebegitu kejam! Aizat sudah salah faham, aku tak maksudkan begitu. Apa yang aku maksudkan, aku mahu dia lebih dari seorang abang!

 

  Aku tak mahu terus menjadi adiknya. Tapi Aizat tak akan faham. Ya Allah, apa aku sudah buat. Aneesa membiarkan air matanya terus mengalir. Bunyi telefonnya mematikan lamunannya. Dilihatnya di skrin, ‘Jat’s day’. Jat’s day! Hari ini hari Jat! Hari di mana aku akan gembirakan Jat kerana hari ini hari kematian ibu bapa Jat. Pada hari tersebut, dia tak akan bergaduh dengan Jat, dia akan buat Jat gembira, luangkan masa bersama Jat sebab dia tak mahu Jat rasa keseorangan. Dia mahu Jat rasa dia ada ahli keluarga, dia ada teman yang akan sentiasa bersamanya di saat dia sedih.

 

  Tahun lepas, Aneesa belanja Aizat ais krim di mall, mungkin kedengaran biasa, tetapi baginya itu sahaja caranya untuk membuat Aizat rasa gembira dan membuatnya lupa hari yang menyedihkan itu. Aneesa terkaku. Dia berasa amat bersalah kerana kata-katanya sudah pasti mengguris hati Jat dan mengingatkannya tentang ibu bapanya yang telah pergi sepuluh tahun yang lalu.

Semuanya gara-gara kemalangan. Nasibnya baik kerana ibu bapanya yang turut berada dalam kereta yang sama terselamat.

 

  Tetapi tidak Jat, Jat telah kehilangan kedua ibu bapanya semenjak usianya baru mencecah enam tahun. Sejak itu, mereka tinggal bersama memandangkan saudara Jat yang lain tidak mahu menjaga Jat malah mahu menghantarnya ke rumah anak yatim. Nasib baik papa mengambil Jat menjadi anak angkatnya, tambahan pula papa memang sudah lama inginkan anak lelaki. Itulah yang dijelaskan mama semasa dia bertanya perihal Jat dahulu.Aku mesti minta maaf dan jelaskan padanya yang aku tak maksudkan macam tu! Namun kaki Aneesa terhenti.

 

  Dia tidak punya keberanian untuk berhadapan dengan Aizat. Sebab selama ini, Aizat lah yang selalu memujuknya apabila dia sedih. Dia tak pernah melihat Aizat sedih tetapi malam ini dia dapat merasa kesedihan Aizat. Aneesa memutuskan untuk menghantar sms sahaja kepada Aizat.

 

  Jat, Nis minta maaf. When I said stop acting like u r my bro, what I really meant is different from what u understand. I’m so sorry that I hurt you! Please forgive your stupid little sis!=(Aneesa tidak

perlu menunggu lama.

 

  Setelah beberapa saat, sms nya dibalas.Masukla, kenapa berdiri kat luar.Aneesa tersenyum kecil. Alamak malunya! Macam mana dia tahu aku depan bilik dia ni. Aneesa membuka pintu, entah kenapa

terasa berdebar-debar. Oh, tenanglah wahai hati. Getus hati kecilnya. Dilihatnya Aizat berada di atas lantai, bersandar di tepi katil, dia sedang memegang sekeping gambar. Aneesa teragak-agak mendekati Aizat.

 

‘I miss them,’

 

  Aneesa tersentak. Pertama kali dalam hidupnya, Aizat meluahkan kerinduannya. Selama ini, Aizat sentiasa gembira, tak pernah pun dia berbicara tentang ibu dan ayahnya. Aneesa berasa sedih dan bersalah. Ini semua salah aku! Buat Aizat teringat kemalangan tu!

 

‘Jat, sorry,’

 

  Akhirnya Aneesa mendapat kekuatan untuk bersuara. Dia memberanikan diri mendekati Jat.

 

‘No, it’s not your fault. Ada benarnya juga kata kau. Selama ini, aku lupa yang aku sebenarnya bukanlah abang kau, apatah lagi kembar kau. Keluarga kau jaga aku dengan baik sampai aku lupa diri aku.’

 

‘Jangan cakap macam tu! Kau lah keluarga aku! Kalau kau tak ada, rumah ini memang tak meriah. Kaulah penyeri tau. Sebab kau, aku rasa bahagia sangat.’

 

Aneesa menunduk. Entah kenapa tiba-tiba terasa darah menyerbu ke wajahnya. Pasti wajahnya sudah merah menahan malu. Aizat menoleh melihat Aneesa yang kini sudah berada di sebelahnya.

 

‘Terima kasih. Aku memang nak kau bahagia selalu. Jangan sedih-sedih lagi tau!’

 

  Aneesa mengangguk. La terbalik pula, sepatutnya aku yang pujuk dia! Aneesa tersenyum kecil.

 

‘Eh, apa maksud kau tadi?’

 

‘Maksud apa?’

 

  Aneesa mengangkat mukanya memandang Aizat kehairanan.’sms tu!’ Aneesa kaget. Alamak! Mati aku, takkan la aku nak beritahu aku tak nak dia jadi abang aku sebab aku suka dia!

 

‘Cepatlah! Tell me, what did you really mean?’

 

‘Emm, what I meant…’

 

  Aneesa segera bangun, dia mesti larikan diri! Takkanlah aku nak malukan diri pula! Namun tangannya ditarik Aizat pantas. Terkejut Aneesa, debaran yang dirasakan sedari tadi bertambah hebat.

 

‘I won’t let you go unless you tell me what u meant!’

 

  Nada Aizat yang keras membuatkan Aneesa terkedu.

 

‘Esok lah aku bagitahu,’

 

Dia cuba melepaskan tangannya dari pegangan Aizat tetapi Aizat mencengkamnya kuat.

 

‘I won’t accept your apology,’

 

Sengaja Aizat mahu mendera Aneesa. Sudah lama dia tidak mengusik Aneesa dan dia amat rindukan Aneesa yang akan merajuk diusiknya.Aneesa tidak dapat mencari alasan lagi. Dia terpaksa berterus terang.

 

‘I don’t want you to be my brother because,’

 

‘Because?’

 

  Potong Aizat laju. Ee, geramnya aku! Cuba la bawa bersabar! Ingat senang-senang ke aku nak luah perasaan! Aneesa mendengus geram.

 

‘I love you!’

 

  Jerit Aneesa. Dia sendiri terkejut kerana punya keberanian meluahkan tiga perkataan itu. Aizat terkejut mendengarnya. Aku sedang mimpi ke ni?

 

‘Puas hati? Tapi kau jangan risau, aku tahu kau anggap aku macam adik je. Anggaplah kau tak pernah dengar,’

 

   Serentak itu Aneesa berlari keluar dari bilik Aizat. Aizat yang masih terkejut, hanya membiarkan Aneesa pergi.

 

 *****

 

‘Jat, jat nak ambil kursus apa nanti?’

 

  Aizat yang sedang asyik menghirup milo ais kegemarannya mendongak memandang Aneesa.

 

‘Jat nak jadi kartunis! Nak ada komik sendiri,’

 

Aneesa tersenyum kecil. Dia tak sangka itu jawapan Aizat. Nampaknya Aizat betul-betul gilakan komik!

 

‘Nis pula nak jadi novelist!’

 

‘Tak tanya pun!’

 

  Usik Aizat. Aizat ketawa melihat Aneesa yang sudah menarik muka.

 

‘Biarlah, Nis nak bagitau juga!’

 

  Jat ni, suka buli aku! Dah couple pun still nak buli! Tak romantik betul! Tapi aku tetap sayang dia, pelik kan? Dia masih ingat lagi, selepas kejadian malam yang bersejarah itu, disangkanya Aizat memang tidak sukakan dia kerana membiarkan dia pergi. Rupa-rupanya telahannya silap, Aizat mengheretnya keluar dari biliknya dan meminta penjelasannya tentang hubungannya dengan Faizul.

 

  Dan malam itu juga dia tahu punca Aizat menjauhkan diri darinya, semuanya kerana dia mula sedar dia sukakan aku, Aneesa Mohd Hanif. Dan Amira pula menjadi tempatnya untuk cuba melupakan aku. Nasib baik Amira tak berjaya buat Jat aku lupakan aku! Jat, love you always

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: