Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Betulkan…

Posted by iorichee on 6 March 2009

Dalam meniti usia yang berlalu

Antara kita banyak menghitung-hitung

Berapa banyak harta dikumpul…
Tapi jarang nak menghitung diri..


Antara kita banyak melihat

Akan kekayaan harta seseorang itu…
Tapi jarang nak melihat

kekayaan hati budi seseorang itu…


Banyak yang suka melihat

Kejayaan duniawi dicapai oleh seseorang itu…
Tapi jarang nak melihat ketinggian

Keimanan dicapai oleh seseorang itu…


Banyak antara kita melihat kebahgian rumahtangga

Dari kebesaran rumahnya, kemewahan keretanya , sikit anaknya
Tapi jarang dari kita melihat

Dari gelak ketawa anak-anak yang membesar

Dalam kemewahan kasih sayang ayah dan ibu

Walaupun dlm penuh kekurangan…

Kasihan pada diri kita kan

KENA TIPU

KENA TIPU dengan DUNIA….

Sampai sekarang kita masih tertipu …

Masih lagi tertipu

Walaupon kekadang kita sedar

Dengan daya tipu dunia ini…

Kerana kita terpengaruh

Dengan keindahan dunia ini

Dunia yang penuh tipu muslihat

Dunia yang sementara….

Bila kita tunaikan solat

Kita dah berikrar segalanya lilahi Taala…
Tapi apa yang kita lakukan tidak lain

Dari melihat apa yang orang fikir pasal kita…

Kita sedih apabila orang menyindir kita pakai motor buruk..
Kita sedih apabila orang ketawakan kita bila kita dilanda kesusahan..

Kita sedih apabila orang tidak mahu berkawan dengan kita
Kita sedih apabila orang pertikaikan jalan hidup yang kita pilih..

Sedangkan selagi kita berpegang kepada tali Allah ..

Apa yang kita risaukan..
Kita berhak memilih jalan hidup kita sendiri

Usah dipedulikan

Dengan kata kata orang lain

Biar la kita hidup sebegini

Kita sendiri tahu apa yang kita pilih

Biarkan mereka dengan dunia mereka

Biarkan mereka dengan gelakan mereka

Biarkan mereka dengan pandangan serong mereka

Biarkan….

Biarkan ….

Selagi tak bertentangan dgn syariat…
Dan hidup jangan sesekali mengemis…
Hidup jangan sesekali mengharap harta orang secara percuma
Usaha dan terus berusaha membaiki diri Lilahi Taala

Bukan untuk menjadi kebanggaan orang..

Bukan untuk dicanang-canang cerita bahawa kitalah yang terbaik ..

Hidup mesti diteruskan

Tak kira apa jua rintangan

Tak kira apa jua cabaran

Tak kira apa jua ujian

Selagi kita berdoa

Berdoa pada Allah

Mohon pelindungan

Mohon keberkatan

Mohon Petunjuk dan Hidayah

Maka hidup kita di dunia ini tidaklah sia-sia saja

Malahan kita diberkati

InsyAllah……

In life sometimes we’ve made a wrong decision in our life… But we will ONLY LEARNED by making a wrong decision…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: