Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Peraturan keje yang baru…

Posted by iorichee on 14 March 2009

Peraturan kerja baru…

 

Memo Kepada Staff Syarikat Ntahapapantah

Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada
tahun 2006, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua
staff.
Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-


a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah
atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi
tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur,
lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan
anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada
proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang
sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam
setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:
Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30
minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat
selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil
makanan secara stabil.

Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini
kerana mereka cuma perlu makan pil dan
susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:
Mulai 2006 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit
dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan
MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa
terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2006 setiap seorang hanya boleh
menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit
secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka
dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam,
kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ‘staff
sembelit’.
f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak
membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan
apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja
kerana anda mempunyai
organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar
kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail,
chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga
pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73%
staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga
penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di
syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang
pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci

nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: