Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Some Sweet Story…

Posted by iorichee on 24 March 2009

 

DULU…………

 

 “Hai!”

Aku menoleh. Eh, student baru ni. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Memang sah. Dia tegur aku.


“Saya panggil awak. Awak tengok siapa?”


Aku tersengih. Segan ditegur begitu.


“Tak nak pelawa saya makan?”


Aku menghulurkan sandwich yang kubekal tadi. Tak malunya budak ni.

Ada pulak minta makan kat aku.

 

 


“Nama siapa?”


“Sama macam nama awak..”


“Ahmad Niza?”


“Niza aje. Ahmad tak ada.” Aku perempuan la. Apa plak ada Ahmad. Lelaki itu terus memandang aku tidak berkelip-kelip.


“Masa cikgu announce nama awak tadi, saya terkejut juga.”
Ahmad Niza hanya tersenyum.


“Baguslah tu. Mesti ada specialnya kalau kita jadi kawan baik.”


Kawan baik? Heh, gila apa si mamat ni agaknya. Tak boleh ke dia cari perempuan yang cun sikit dari aku.


” Cammana first day hari ni?”


“Okay.”


Ahmad Niza terus merenungku. Rimas aku dipandang begitu. Aku bukannya lawa sangat sampai dia perlu melihat aku begitu sekali. Sudahlah tak lawa, tak pandai bergaya, tembam pulak tu. Sikit lagi dah boleh masuk kategori gemuk.

 

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ****
Aku semakin akrab dengan Ahmad Niza. Kami berdua rajin buat discussion sama-sama. Ramai juga awek kat sekolah tu yang jeles ngan keakraban kitorang. Tapi aku tak kisah pun kalau si Ahmad Niza tu plan nak dating ngan sesapa. Sebelum ni dia ada jugak keluar dengan beberapa awek kat sekolah ni. Tapi nampaknya semua dia tak berkenan. Cuma dengan Suraya aje dia rapat sket. Bebudak sekolah kata dia couple. Entah le aku tak nampak macam tu pun. Eh, jeles ke aku?


“Petang ni kau free?”


“Free. Apsal?”


Aku memandang ke muka Ahmad Niza. Dia nak ajak study lagi ke? Kuat betul study mamat sekor ni. Naik cramp kepala otak aku dibuatnya.


“Kita gi nengok wayang,”


Mataku terbeliak. Gila apa dia ni.


“Aku dah ajak Su. Tapi bila aku kata cerita Matrix, dia kata tak best. Dia ajak tengok cite Maid In Manhattan. Masalahnya aku dah beli dah tiketnya.”


Oh, Su tak nak rupanya. Patut la dia ajak aku. Aku sedar. Aku bukan first choice dia. Suraya dah reject, baru nak ajak aku. Tak pelah, aku peduli apa. Janji dapat tengok wayang free.

 

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****

Best gila cerita tu. Aku rasa macam nak tengok lagi. Si Ahmad Niza tu pun nampak puas hati dengan jalan cerita dia.


“Makan jom.”


Aku menurut. Aku memilih makanan yang bersesuaian lalu membayarnya di kaunter.


“Eh, aku belanja.” Cepat saja Ahmad Niza menghulurkan duitnya.


“Tak payah la belanja aku. Engkau pun belajar lagi. Dah kerja lainlah.”


Aku segera menolak tangannya lalu menyerahkan not sepuluh ringgit kepada juruwang di hadapan aku.
Selesai makan, Ahmad Niza membawa aku ke supermarket pula.


Ada ke dia suruh aku pilih baju apa yang aku nak? Aku mana biasa minta orang belanja macam ni.


“Ambik la sepasang Niza. Ni la first time aku keluar dengan kau selama kita berkawan.”


Ahmad Niza terus mendesak tetapi beriya-iya aku menolak. Akhirnya Ahmad Niza mengalah.


“Lepas ni nak ke mana?”


“Baliklah”


Ahmad Niza tersenyum mendengar permintaan aku. Apa hal la dia senyum pula. Best ke bila dengar aku kata nak balik.


“Alang-alang dah keluar, jomlah kita jalan-jalan.”


Oh, agaknya dia tersenyum sebab aku nak balik awal sangat. Aku melihat jam di tangan. Baru 3.30 petang. Tapi rasa macam tak selesa pula bila berjalan dengan Ahmad Niza ni lama-lama. Suraya tahu ke tidak?


“Oklah, jom kita balik.”


Ahmad Niza terpaksa menuruti permintaanku akhirnya. Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan Suraya dan teman sekelasnya yang lain.
Wajah Suraya merah padam. Dia datang mengahampiri aku.


Panggg!


Satu tamparan hinggap di mukaku. Rasa malu yang amat sangat. Apatah lagi bila aku ditampar di hadapan Ahmad Niza, teman-teman Suraya dan orang ramai!


“Gemuk!


Ada hati nak rampas boyfriend orang. Cerminlah diri tu sikit. Dah la tak lawa. Gemuk pulak tu.”


Suraya terus mengutuk-ngutuk fizikal aku yang tidak sempurna ini. Aku hampir menangis. Aku berlari meninggalkan Ahmad Niza dan Suraya yang bertelagah disebabkan aku.

 

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ***
Aku menghadapi SPM dengan tenang. Sejak peristiwa itu, aku dah tak berbual dengan Ahmad Niza lagi. Ahmad Niza tak putus-putus memujuk aku dan meminta maaf tapi aku buat dek aje. Aku dapat tawaran belajar di UiTM. Aku pergi tanpa beritahu Ahmad Niza. Aku tak kisah. Aku dah biasa hidup tanpa kawan rapat. Kat sekolah dulu pun, aku kawan gitu-gitu ajelah. Tak boleh nak join perempuan-perempuan yang kaki melawa atau terlalu kuat belajar. Posisi aku di tengah-tengah. Itu yang payah tu.

 

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****

“Niza! Sepupu engkau datang,”


Nancy memekik memanggil namaku dari tingkat bawah. Siapa pula sepupu aku yang rajin buat surprise ni?


“Hai.”


Aku terlopong. Ahmad Niza! Apa dia buat kat sini?


“Mana tahu aku kat sini?”


Aku memang terkejut melihat dia.


” Aku ada mulut. Aku tanya oranglah.”


Hm, mamalah yang beritahu ni. Siapa lagi? Tak pun papa.


“Bila masa jadi sepupu aku?”


Ahmad Niza tersengih. Pandai-pandai ngaku jadi sepupu aku. Getat kepala kang baru tau.


“Kalau aku cakap Ahmad Niza, engkau tak turun pula.”
Hm, pandai dia nak cari jalan jumpa aku. Sebenarnya bukan aku marah dia menyamar diri. Tapi aku selekeh gila sekarang ni dengan kain batik, rambut sikat ala kadar. Kalau aku tau dia tadi, boleh aku pakai lawa-lawa, ikat rambut elok-elok, sembur perfume sket. Cewah!


“Kurus engkau sekarang.”


“Kenalah kurus, nanti orang kata cermin diri tu dulu sebelum nak berjalan dengan orang-orang yang hensem macam engkau.”


Aku melihat wajah Ahmad Niza berubah bila aku bercakap begitu.


“Suraya tu yang perasan lawa.” Ahmad Niza kelihatan marah.


“Itulah, kita tak sesuai jadi kawan baik. Tak sepadan. Dari dulu lagi aku rasa tak best bila jalan dengan engkau. Tapi, engkau confidentkan aku cakap tak pe, tak pe. Since engkau humble walaupun anak orang kaya. Aku lama-lama rasa senang jadi member engkau walaupun tak selesa sebab rasa macam handsome and the beast.”
Ahmad Niza tersengih kecil.


“Nak tahu kenapa aku suka sangat nak kawan dengan kau masa aku mula-mula sampai sekolah dulu?”
Entah mana la aku tau. Aku terus menanti bicara seterusnya.


“Sebab fizikal dan rupa engkau sebiji macam cousin aku.”


“Oh, ye ke? “Dia kat mana skang?”


Aku nak juga tahu. Mana tahu, kalau ada kesempatan, boleh berkenalan.


“Dia dah meninggal.”


Aku terkejut.

 

”Kenapa?”

 

“Mati lemas. Dia selamatkan aku. Kami mandi di sungai. Air deras. Aku dengan dia hanyut. Tapi, dia dapat sambar kayu. Aku terlepas. Dia berlari berenang ke arah aku. Tarik aku sampai aku dapat paut kayu tu. Tapi pautan dia pula terlepas. Aku nak kejar dia. Tapi dia tak benarkan. Depan mata aku dia meninggal. Aku terus fobia dengan sungai lepas tu.”


Aku terdiam. Kini baru aku faham kenapa dia begitu baik dengan aku.


“Ayah dengan ibu terkejut bila tengok gambar engkau. Dia minta aku ajak engkau ke rumah bila-bila masa. Tapi, masa tu kita tengah perang dingin. Aku tak berani nak offer engkau masa tu”


Aku menganggukkan kepala.


“Engkau buat apa skang?”


“Baru balik UK . Tu la dah hampir 4 tahun tak jumpa. Engkau dah tak lama kat sini kan ?”


“Next week dah final. Lepas exam la baru aku ke rumah engkau.”


“Tak boleh kot sebab aku satu family nak pindah ke
Adelaide . Ayah ada projek kat sana untuk tempoh setahun dua ni.”


“Bila?”


“Lusa. Sebab tu aku cari peluang nak jumpa engkau. Dah tiga kali aku datang tapi baru ni engkau ada.”


Oh, dua kali sebelum ni, dia la yang cari aku. Aku pun heran jugak ada orang mengaku sepupu yang beriya-iya datang nak jumpa aku. Rupa-rupanya dia la orangnya!


” Eh, Suraya macam mana?” Masih dengan Suraya lagikah?


” Perempuan cantik, tak semestinya perfect.”


Apa maksudnya?


“Mungkin orang kata Suraya tu cantik dan sesuai dengan aku. Tapi, dia banyak kerenah, kaki kikis. Lepas engkau tak nak cakap dengan aku, aku betul-betul rasa lonely. Masa tu baru aku tau siapa special girl aku. Bukan Suraya, tapi engkau!”


Hampir terbeliak mataku mendengarnya. Buta apa dia ni. Perempuan serabai macam aku yang dia suka.


“Engkau la satu-satunya perempuan yang tak mengabihkan duit aku bila kita sama-sama keluar. Aku memang suka dengan sikap engkau Niza. Bagi aku fizikal tu tak penting kalau hati aku dah suka.”


Eh, biar betul si Ahmad Niza ni. Dia suka aku ke? Bestnya!
“Ni ambil ni.”


Ahmad Niza menghadiahkan sebatang pen berjenama mahal miliknya untukku.


“Ini harta yang paling aku sayang dan aku nak kau simpan. Aku akan balik dua tahun lagi untuk jumpa engkau. Kalau dalam tempoh dua tahun tu kau dah jumpa somebody, hantarlah pen ni pada aku balik.”


Kenapa dia cakap macam ni. Dia ni suka aku ke tak? Cakap separuh-separuh. Manalah aku faham.


“Aku nak something dari kau yang akan aku pulangkan kalau aku dan jumpa somebody di sana .”


Aku memandang ke seluruh badanku. Apa aku nak bagi? Takkanlah kain batik ni? Nak mampus? Aku melihat cincin di jari manisku. Cincin milik mama hadiah ulangtahun perkahwinan dari papa. Hm, bolehlah. Ini kira berharga ni.


” Cincin ni.”


Aku hulurkan padanya. Ahmad Niza menyarungkan cincin tersebut di jari kelingkingnya.


“Jumpa lagi ya!”

 

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****

Hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum Ahmad Niza dan keluarganya pulang ke tanah air. Aku terus menghitung hari. Pen milik Ahmad Niza kubelek berkali-kali.


Setelah tamat belajar, aku terus sahaja diterima untuk bekerja. Menara Kembar Petronas! Bukan sahaja kebanggaan negara, malahan juga tempat untuk aku mencari rezeki. Berdasarkan prestasi kerja yang cemerlang aku cepat dinaikkan pangkat. Aku tidak lagi selekeh seperti dahulu. Bekerja di tempat baru ini mendedahkan aku kepada dunia fesyen terkini. Aku semakin yakin dengan penampilan diriku hari demi hari. Elegan tetapi masih ketimuran. Teman-teman lelaki di pejabat memanggil aku Posh Spice sebab mereka kata aku pandai bergaya. Heh, lantak dioranglah. Kalau dia jumpa aku zaman aku belajar dulu. Maunya diorang pengsan!


“Niza, ada bungkusan untuk Niza?”


Bungkusan? Hatiku terus berdebar.


Adelaide ? Tentunya dari Ahmad Niza.


Seperti dijangka, meskipun bukan itu yang aku mahukan. Ahmad Niza mengirim sekotak cincin! Aku terus berlari ke bilik. Menyembamkan wajah ke bantal lalu menangis.

 

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **
Menerusi emel, tempat kami selalu berinteraksi Ahmad Niza meminta aku menantinya di lapangan terbang. Kepala otak dia. Dahlah dia sakitkan hati aku. Aku tak kuasa nak tunggu.


Malam itu setelah pulang dari Adelaide , berkali-kali Ahmad Niza menghubungi aku. Mungkin kerana tidak sabar memujukku di telefon, Ahmad Niza nekad datang ke rumah.


“Niza!”


Mama panggil. Ah, malasnya nak buka pintu. Dah la aku nampak kemunculan Ahmad Niza di hadapan pintu pagar tadi ketika aku mengintai kereta siapa yang berada di hadapan rumahku.


Tuk! Tuk! Tuk!


Ish, mama ni ketuk pintu pula. Terpaksalah aku buka.


“Niza.”


Ahmad Niza! Apasallah mama pergi beritahu bilik aku kat sini.


“Kenapa tak datang jemput?”


Ahmad Niza menunjukkan wajah sedihnya. Merajuk konon. Lantak le.


“Entah!”


Ok ke jawapan aku tu? Ah, biarlah dia.


“Nah, pen awak.” Aku serahkan pen itu kepadanya. Ahmad Niza terpinga-pinga.


“You dah ada boyfriend ke?”


Eleh, buat-buat terkejut pula. Dia tu dah ada orang lain. Buat sandiwara ke apa budak Ahmad Niza ni.


“Dah awak pulangkan barang saya, saya pulanglah barang awak balik.”


Aku terus marah dengan sikapnya itu.


“Mana ada?”


Ish, geram betul aku kat mamat sekor ni. Aku terus mengambil kotak cincin pemberiannya. Yang herannya Ahmad Niza terus tertawa terbahak-bahak. Gila ke dia ni? Tensen aku.


“Dah tengok ke cincinnya?”


“Tak. Nak buat apa tengok? Dah orang pulangkan balik cincin kita.”


Ahmad Niza terus menggenggam tanganku. Aku terpempan. Ish, romantik pula dia ni. Tak tentu arah perasaan aku dibuatnya.


“Tengoklah.”


Akhirnya aku membuka kotak itu. Terdapat kad kecil di dalamnya tertulis, ’sayang, will you marry me?’ . Aku rasa macam nak pengsan. Aku terus memandang ke tangan Ahmad Niza. Cincin aku masih berada di tangan kanannya.


“Cincin ni saya hantar sebab tak sabar nak propose awak.” Ahmad Niza terus tersenyum. Aku malu sendiri. Rasa macam nak melompat keluar dari tingkap rumah pun ada.

 

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****

Majlis persandingan kami dilangsungkan di hotel penuh meriah. Ahmad Niza menyediakan jamuan untuk tiga sesi. Untuk saudara mara sebelah dia, sebelah aku dan akhir sekali teman-teman seperjuangan kami.


“Niza aku minta maaf kutuk engkau gemuk dulu.”


Aku memeluk tubuh Suraya. Aku dah lama maafkan. Aku sedar siapa aku waktu tu. Aku terus melihat Suraya, suami dan 3 orang anaknya melangkah meninggalkan kami berdua.


“Ish, gemuknya Su sekarang. Tiga kali ganda gemuk dari you dulu.”


Aku menekup mulut Ahmad Niza. Amboi, bukan main lagi ngutuk orang. Nasib baiklah tidak ada yang mendengar. Itulah Suraya, dulu engkaulah paling cun. Tapi, itulah. Kuasa Tuhan bila-bila masa Dia boleh pusing balik keadaan. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Ahmad Niza terus memeluk bahuku dengan erat. Aku amat bahagia di sisinya….

 

 

TAMAT..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: