Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Gampang aja sih… (Kopi dan Pasta)

Posted by iorichee on 24 April 2009

Kau dah dapat kerja?”

“Belum.”

“Kau nak kerja?”

“Boleh je.”

“Kalau macam tu, Sabtu ni aku jumpa kau.”

 

***

Aku duduk di meja sementara menantikan kehadiran Amer. Jam ditangan ku kerling. 8.45 p.m. Ah, mamat ni, janji 8.30 p.m. ni dah 15 minit lambat! Aku memerhatikan lampu-lampu di dalam restoran makanan laut itu. Cantik! Tak lama kemudian, kerusi di hadapanku di tarik.

“Sorry aku lambat,” ujar Amer sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi.

Aku memandang Amer dengan rasa tak puas hati. Nasib baik kau nak tolong aku dapatkan kerja. Kalau tak, dah lama aku angkat kaki. Hisy! Amer mengeluarkan beberapa helaian daripada failnya. Kemudian disuakan kepadaku.

“Sebenarnya ada orang nak cari maid. Dia nak muslim dan menutup aurat. Sekarang ni agensi mak aku tak ada kriteria yang dia nak. So, memandangkan kau belum dapat kerja, aku nak tanya kau kot-kot kau nak.”

Amer memulakan mukadimahnya.

Aku mengambil helaian yang disuakan kepadaku dengan muka berkerut.

“Aku tahulah mak kau ada agensi pekerjaan. Aku ingat kau nak offer aku kerja apa tadi,” ujarku.

 Helaian di tangan aku baca.Amer tersenyum memandangku. Aku menimbang-nimbang di dalam fikiran sama ada mahu menerima atau tidak.

“Kau tak ada pergi mana-mana interview?”

Aku mengangguk memberikan jawapan.

“Tapi, semua kontraktor yang aku pergi nak engineer lelaki. Diorang cakap perempuan leceh. Hancur hati aku diorang cakap macam tu. SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) aku dah isi sejak habis study. Tapi tak ada panggilan lagi,” ceritaku panjang lebar.

Amer terangguk-angguk mendengar ceritaku.

“Aku ingatkan Amer, aku terima je lah tawaran kau. Sekarang ni dah lah susah nak cari kerja,” akhirnya aku memberikan persetujuan.

Amer nampak lega apabila aku menerima tawarannya.

 

***

Abah nampak terkejut apabila aku memberitahu tentang keputusanku.

 “Kamu dah fikir masak-masak?”

Aku mengangguk. Mak hanya mendengar setia.

“Terpaksalah, bah. Sampai bila Lia nak duduk rumah je. At least kalau Lia jadi maid pun, ada jugaklah income walaupun tak banyak mana,” ujarku cuba meyakinkan abah.

Abah menghela nafas perlahan. Wajah mak kupandang.

“Mak? Mak tak kisahkan?” soalku.

Mak mengukir senyuman.

“Mak ikut je kata abah. Kalau dia kata ok, oklah. Kalau dia tak bagi, tak bagilah.” Mudah mak memberikan jawapan.Aku mengalihkan pandangan ke arah abah. Abah masih mendiamkan diri tanpa memberikan jawapan.

“Kamu menyesal? 5 tahun kamu buat degree, engineering pulak tu. Kamu tak menyesal?”

Aku tergelak mendengarkan kata-kata abah. Rupa-rupanya itu yang difikirkan.

“Lia bukannya kerja sampai ke tua, bah. Nanti pandailah Lia cari kerja lain. Ada panggilan interview ke nanti, Lia cakaplah Lia nak balik rumah pak cik,” jawabku tenang.

Abah mengangguk tanda bersetuju.

 “Nanti bawa laptop kamu. Jangan lupa modem tu pulak. Senang kalau kamu nak masuk internet.”

 

***

 

“Lia, ini rumahnya. Kau start kerja next week. Kerja kau senang je. Kemas rumah, memasak. Yang nak ambil orang gaji ni anak orang rumah ni,” terang Amer.

Aku memandang rumah teres setingkat itu. Lawa. Agak lain daripada yang lain. Mungkin dah diubah suai. Di hadapannya terdapat sebuah kolam ikan juga terdapat loteng di atas rumah itu.

“Anak dia kerja apa?” soalku.

“Entah. Kalau tak silap aku doktor,” balas Amer.

Aku sedikit pelik mendengar jawapan Amer.

“Entah? Kau ni tau ke tak sebenarnya?”

Amer ketawa.

“Kau ni. Bukan aku yang uruskan application dia. Aku tolong cari orang je.”

 

***

 

Bekerja sebagai orang gaji agak mudah. Disebabkan aku sudah biasa dengan kerja-kerja rumah, ia tak menjadi masalah buatku. Malam itu seperti biasa aku mengemas dapur. Anak tuan rumah yang baru balik dari hospital sedang menjamu selera. Macam tak pernah jumpa nasi seminggu.

Jam dinding yang tergantung di dinding dapur ku kerling sekali imbas. 12.30 a.m. Mesti doktor muda ni ada dekat rumah esok. Cuti setelah hampir 2 hari on-call tak balik rumah.

“Yanti,” panggil si tuan doktor.

Aku bergegas keluar dari dapur dan berjalan ke meja makan.

“Ya, tuan. Ada apa tuan?”

“Ini kamu yang masak?” soal doktor muda itu.

Asam pedas di dalam mangkuk ditunjukkan kepada aku.Aku sedikit kalut. Alamak! Tak sedap ke? Masin ke?

“Err, ya tuan. Saya yang bikin tuan,” jawabku sedikit gagap.

Doktor muda itu mengerutkan dahinya.

“Are you sure?” soalnya.

“Ah? Apa tuan bilang?”

“Err, tak… tak. Sedap asam pedas ni. Di mana kamu belajar masak?” soalnya.

Aku terasa sesak nafas. Err… Daripada siapa eh?

“Majikan saya yang lama yang ajar, tuan.”

Jawapan tersebut meluncur laju daripada mulutku.

“Oh, ok. Kamu boleh sambung kerja kamu.”

Aku berjalan kembali ke dapur. Adeh, makin lama aku kerja dekat sini, makin bertambah dosa aku!

Sebaik sahaja aku membilas pinggan yang terakhir, doktor muda itu melangkah masuk masuk ke dapur. Aku menoleh ke arahnya. Apa lagi doktor ni nak? Belum pun aku sempat membuka mulut bertanya, doktor itu terlebih dahulu bersuara.

“Yanti, buatkan saya milo. Hantar kat depan,” arah doktor itu.

Aku mengangguk tanda faham. Mug di kaunter ku capai. 2 sudu milo aku tuang ke dalam mug berserta separuh sudu susu pekat manis. Doktor muda yang masih berdiri di pintu dapur ku kerling. Kata tadi nak suruh aku hamtar ke depan. Yang dia tunggu kat situ buat apa?

Sebaik sahaja aku menyiapkan air minumannya, aku melangkah ke ruang tamu. Doktor muda itu mengekor aku dari belakang. Ruang tamu kelihatan suram. Hanya lampu dari ruang tengah yang terbias ke sini. Aku meletakkan mug di atas meja kopi. Kemudian, langkah ku atur ke bilik.

“Yanti,” panggil doktor muda itu.

Langkahku terhenti.

“Ya, tuan?” aku berpaling ke arahnya.

” Tolong gosokkan baju kemeja aku. Aku kena ke KL esok. Ada conference,” ujarnya.

“Oh, gampang aja sih,” jawabku lalu melangkah ke bilik.

“Apa kau cakap?” tiba-tiba tangan kiriku ditarik kasar.

Aku sedikit terkejut. Gila apa mamat ni main tarik-tarik tangan aku?

“Saya bilang gampang aja,” jawabku.

Doktor muda itu memandangku dengan riak marah. Aku terkedu. Aku salah cakap ke? Tiba-tiba aku terasa pipi kananku perit. Memang betul mamat ni gila sampai nak tampar-tampar aku!  Inilah masalah doktor yang tak cukup tidur!

“Lagi sekali kau cakap macam tu, tahulah aku ajar kau. Kurang ajar betul. Mulut tu sepatutnya kena cili je!” tengking doktor muda itu.

Aku diam tak berkutik. Dah lah pipi perit. Kena marah lagi. Apa salah aku?

“Dah, kau masuk bilik kau. Aku tak nak tengok muka kau! Baru kerja nak tunjuk lagak!”

Aku tersentak apabila dimarahi seperti itu. Langkah ku atur ke bilik aku. Hisy, kenapalah aku kerja dengan mamat ni? Mak ayah dia ok je.

 

***

 

Keesokan harinya aku melakukan kerja-kerja seperti biasa. Pagi itu aku menyediakan sarapan untuk tuan rumah ini. Kemudian aku terasa ada seseorang berdiri di sebelahku. Mem besar rumah ni atau mak kepada doktor muda itu.

“Yanti,” panggilnya lembut.

Aku menoleh.

“Ya, bu. Ada apa?”

Puan Hamidah tersenyum.

“Malam tadi kena marah dengan Fir ke?” soalnya.

Aku terpinga-pinga. Siapa Fir?

“Fir? Siapa Fir, bu? Saya enggak kenal.”

Puan Hamidah tercengang mendengarkan jawapan aku.

 “Fir. Firdaus. Anak lelaki tunggal saya,” terangnya.

“Ya ampun bu. Saya enggak tahu yang anak ibu itu namanya Firdaus!” terangku.

Mati aku. Nama bos sendiri pun tak tahu! Puan Hamidah tersenyum.

“Tak apa. Lain kali kamu kenalah tahu nama majikan kamu,” tegurnya lembut. 

Alahai, untung betul Firdaus tu dapat mak macam ni.

“Kenapa Fir marah kamu? Dia tu selalunya marah bersebab. Kamu ada buat dia marah ke?” soalnya kembali kepada topik asal.

Aku terdiam. Aku sendiri tak tahu salah aku, macam mana nak explain?

“Ada salah faham sedikit, bu. Enggak ada apa-apa. Mungkin dia kecapekan semalam,” ujarku.

 Huhu. Betul ke capek tu penat? Bantai ajelah!

“Hrm. Baiklah kalau macam tu. Yanti, kamu jangan ambil hati ya,” ujarnya sebelum berlalu pergi.

Sebaik sahaja menyediakan sarapan, aku mengambil baju untuk di basuh. Puan Hamidah dengan Encik Ishak tengah menjamu selera. Firdaus masih belum turun sejak pagi. Mungkin tidur kembali selepas solat subuh.

“Yanti!!!”

Firdaus menjerit memanggil aku sewaktu aku sedang sibuk menyidai pakaian. Aku berlari-lari anak ke dalam rumah.

“Ya tuan. Ada apa tuan?” soalku dalam termengah-mengah.

“Baju saya kamu dah gosok ke belum?” soalnya dalam nada yang tinggi.Aku terdiam. Alala… Belum lagi lah!

“Err, belum tuan. Tuan enggak beri saya baju tuan semalam,” balasku takut-takut.

“Kamu masuk bilik saya, saya dah gantungkan baju dalam almari. Saya nak ke KL petang ni.”

Sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, Firdaus mengambil pinggan untuk bersarapan.Ceh! Dah tahu aku tak iron, lagi mahu tanya ka? Chit! Aku kembali keluar untuk meneruskan kerja-kerja yang terbengkalai. Eheh, baru kerja dah letih semacam. Macam manalah orang yang memang jadi orang gaji sampai ke tua?

Sebaik sahaja siap kerja di luar rumah, aku mengambil baju-baju Firdaus untuk digosok. Laju aku menjalankan tugas menggosok baju Firdaus. Sebaik sahaja selesai, aku menggantungkannya di pintu almari di dalam biliknya. Dalam pada masa yang sama, Firdaus melangkah masuk.

“Dah siap, Yanti?” soalnya.

Aku mengangguk.

“Sudah tuan.”

 

Aku memandang wajahnya.

“Saya permisi dulu ya.”

Aku melangkah keluar. Belum sempat aku sampai ke pintu bilik, Firdaus memanggil namaku. Aku menyahut.

“Sakit lagi pipi kamu, Yanti?”

Matanya tercantap ke pipiku. Nasib baik tak lebam. Kalau tak, aku dah report cakap kena dera.

“Enggak tuan. Sudah pulih.”

“Lain kali jaga sikit bahasa kamu,” tegasnya.

Aku terpinga-pinga.

“Saya enggak ngerti, tuan.”

Firdaus mengerutkan dahinya. “Kamu bilang saya gampang bukan malam tadi?” Nadanya meninggi.Aku menelan air liur. Eh?

“Kamu tahu tak gampang tu maknanya apa?”

Firdaus membulatkan matanya.Aku menjadi gerun melihatnya. Ya Allah. Selamatkanlah aku.

“Gampang itu, ertinya anak luar nikah. Kamu faham?!”

Ei? Alamak! Aku terlupa kalau kat utara gampang tu anak luar nikah. Aiseh! Tapi, takkan mamat ni tak tahu yang aku ni ‘orang seberang’.

“Fir.”

Satu suara menegur dari luar.Serentak kami berdua menoleh. Puan Hamidah! Mesti dia dengan Firdaus tengking aku.

“Mak!”

Puan Hamidah menggelengkan kepalanya.

“Hal ini ke yang Fir marahkan Yanti malam tadi?” lembut Puan Hamidah menyoal.

Aku dan Firdaus terdiam. Puan Hamidah mengeluh.

“Fir… Fir… Mak tahu kamu 5 tahun dekat Ireland tu. Tapi, takkan kamu tak faham bahasa Indonesia?”

Aku bersyukur di dalam hati. Alhamdulillah. Nasib baik Puan Hamidah ada!

“Apa yang mak cakap ni?” soal Firdaus sedikit kalut.

“Takkan mak tak tahu yang gampang tu anak luar nikah?” tambahnya lagi.

Aku dah nak tergelak, tapi aku tahan di dalam hati. Kelakar betul mamat ni. Itulah, buat medic dekat Ireland 5 tahun sampai dah nak beku otak tu. Tengok aku. Belajar kat dalam negara, boleh jadi pelakon tak terlatih lagi!

“Fir, gampang tu bahasa Indon. Maknanya Mudah. Senang. Kamu ni yang fikir jauh sangat siapa suruh? Lain kali kalau tak faham, tanya. Ini tak. Kesian Yanti kena marah,” tegur Puan Hamidah panjang lebar.

Bukan setakat kena marah, kena tampar lagi, puan. Aduku di dalan hati. Kalau Firdaus dengar, mahu aku kena masak rendang!

Firdaus tersipu-sipu malu mendengarkan kata-kata maknya. Tiba-tiba tangannya memegang pipiku. Aih, doktor ni? Mabuk? Pantas aku mengelak walaupun Firdaus sempat mengusap pipiku.

“Ehem. Fir! Anak dara orang tu,” tegur Puan Hamidah.

Aku dan Firdaus tersipu malu.

“Saya minta maaf. Tadi dengan malam tadi,” ujarnya lembut.

Tiba-tiba aku terasa hatiku cair mendengar suaranya.

“Kalaulah awak orang sini…” ujarnya lebih kepada berbisik kepada diri sendiri.

Aku menantikan Firdaus melengkapkan ayatnya. Namun dia terus pergi. Kalau aku orang Malaysia kenapa? Nak kahwin dengan aku? Kecik tapak tangan, seluas langit aku tadahkan. Kalau ye, tercapai cita-cita aku nak cari suami kerja doktor.Aku tergelak sendiri. Malu je kalau Puan Hamidah dengar!

 

***

 

Khabar daripada abah benar-benar membuatkan aku buntu. Surat daripada SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) baru sahaja sampai di rumahku. Abah kata ada panggilan interview. Ah, sudah! Macam mana aku nak mintak off ni?

Aku menghabiskan kerja-kerja mengemas di rumah bosku. Encik Ishak dengan Puan Hamidah tengah menonton Buletin Utama. Aku memberanikan diri untuk meminta cuti. Baru aku sampai di ruang tamu, Firdaus tiba dari hospital. Dia turut melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan Puan Hamidah.

“Hah, Yanti? Kamu kenapa?” tegur Encik Ishak sebaik sahaja terpandangkanku.

Puan Hamidah dan Firdaus turut menoleh ke arahku.

“Err, bapak, saya mahu minta cuti hujung minggu ini. Bisa enggak?” soalku.

Bolehlah… Bolehlah…

“Kenapa?”

Tiba-tiba Firdaus bersuara.

“Saya nak jumpa sama paman saya.”

Laju aku menjawab.

Firdaus mengerutkan dahi.

“Kamu nak cuti semata-mata mahu jumpa paman kamu? Habis kerja di rumah ini siapa mahu buat?” marah Firdaus.

Aku terdiam. Alamak!

“Tak boleh. Kamu baru saja bekerja di sini. Sudah mahu minta cuti? Sudah. Kamu tak boleh cuti hujung minggu ni. Tunggu dua tiga bulan bekerja baru kamu boleh minta cuti,” tegasnya.

Aku melangkah memasuki bilik. Sengal punya mamat! Aku ada interviewlah! Masa depan aku tu!!! Aku mendail nombor telefon Amer. Sementara menantikan panggilan bersambut, aku memikirkan rancangan di minda. Ahah!

“Amer, better ko cari minah seberang cepat! Aku dah tak boleh kerja kat sini. Aku ada interview minggu depan!” ujarku sebaik sahaja membalas salam Amer.

“Weh, ko ni boleh cakap sebijik-sebijik tak? Aku tak fahamlah!”

Aku menarik nafas perlahan-lahan.

“Aku ada interview SPA minggu depan. So, aku nak cuti tak dapat. Kau kena tolong aku!”

 

***

 

Pagi-pagi lagi sebelum subuh aku dah bersiap melangkah keluar rumah milik Encik Ishak. Tengok belum ada orang bangun! Yes! Perlahan-lahan aku menutup pintu supaya tidak mengejutkan penghuni rumah yang masih nyenyak di buai mimpi.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar dariperkarangan rumah, hatiku serta merta berasa lapang.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mempermudahkan kerja aku! Mataku sibuk mencari kereta Waja milik Amer. Sebaik sahaja terpandangkan Amer yang berdiri di sebelah keretanya, aku melangkah pantas mendapatkannya.

“Jom,” ajakku.

Tak sabar nak balik. Pukul 8 pagi ada temuduga. Aku menjeling jam di pergelangan tangan. 3.30 pagi. Sempat kalau nak tidur sekejap!

“Kau interview pukul berapa?” Amer tiba-tiba bertanya.

“8 pagi. Kat JB. Kalau gerak pukul 6.30 sempat lagi.”

Amer terangguk-angguk mendengar peneranganku.

“Kau tidur tak tadi?”

Amer terus menguap sebaik sahaja melontarkan soalan.Aku tergelak.

“Aku tidur pukul 9.30 malam. Siapkan kerja rumah cepat. Kebetulan mak encik dengan pak encik kat rumah tu pergi dinner. Firdaus pulak kena on-call malam ni. Esok pagi baru balik.”

Fikiranku melayang ke bekas bilikku di rumah bos tadi. Sehelai surat ‘wasiat’ aku tinggalkan. Harap-harap tak kecoh rumah tu aku tiba-tiba menghilang pagi esok! 5 minit kemudian, aku sampai di pintu pagar rumahku. Abah setia menunggu di ruang tamu.

“Thanks!” ujarku kepada Amer sebaik sahaja mengambil beg pakaianku.

Amer memecut pergi.

“Abah,” tegurku. Tangan abah ku salam.

Abah menggosok belakangku.

“Dah, pergi sambung tidur. Esok nak interview. Jangan muka tu nampak sembap,” pesan abah.

Aku dah melangkah ke bilikku. Kemudian, aku melangkah ke katil yang hampir 3 bulan aku tinggalkan. Oh, rindunya. Tak perlu lama menunggu, akhirnya mataku terkatup rapat. Aku kembali menyambung lena.

 

***

 

Balik daripada temuduga, abah mengajak aku singgah di Angsana. Ingin cari barang katanya. Aku ikut sahaja. Tapi terasa janggal pula berjalan dengan bersarungkan baju kurung di tubuh. Dalam 15 minit berjalan, akhirnya abah bertemu dengan apa yang dicarinya. Kami melangkah pulang. Entah kenapa, aku berasa tidak sedap hati tiba-tiba. Ah!Kami sampai di rumah tepat jarum pendek menunjukkan ke angka 3 dan jarum panjang di angka 12. Aku membuka kasut untuk melangkah masuk ke dalam rumah. Belum pun aku membuka lagi sebelah kasut, mataku terpandangkan sepasang kasut yang biasa aku lihat.

“Hah, dah balik pun,” tegur mak.

Aku mengangkat muka. Mataku bertemu dengan mata Firdaus.Aku ternganga. Eh? Mana mamat ni tahu rumah aku? Takkan Amer bagitahu kot? Muka mamat ni sembap je. Oh ya! Dia kan baru balik dari hospital. Entah-entah baru sampai rumah dah ke mari.

“Err, Dr. Firdaus. Macam mana tahu rumah saya?” soalku tergagap sedikit.

Firdaus tersenyum.

“Daripada agensi.”

Eh? Ni mesti kerja Amer. Kurang asam keping betul!

“Jom masuk. Nanti kita berbual panjang,” ujar Firdaus sambil memberi aku ruang untuk masuk.

Ceh, buat macam rumah dia pulak.Selepas menyalin baju, aku turun ke tingkat bawah. Firdaus masih berbual dengan mak dan abah. Berborak sakan aku tengok. Macam dah lama kenal je. Walhal baru hari ni jumpa. Aku melabuhkan punggung di sebelah mak. Wajah Firdaus ku pandang. Pandanganku berbalas. Firdaus tersenyum ke arahku.

“Agensi dah cerita semuanya. Alamat ini diorang yang bagi,” ujarnya tiba-tiba tanpaku menyoalnya.

Keningku terangkat sebelah.

 “So, dah tahu buat apa datang ke sini? Saya dah berhenti start hari ni,” ujarku.

Firdaus masih lagi tersenyum.

“Saya nak bawak awak balik ke rumah saya. Mak dengan abah awak pun dah setuju.”

Aku menjadi geram dengannya.

“Eh, doktor. Saya dah berhenti. Buat apa saya nak ke sana?” soalku dengan nada yang tinggi.

Aku tak sign kontrak pun nak kerja dengan dia berapa tahun. Hampas betul!

“Siapa suruh awak kerja?” soalnya lembut.

“Saya nak awak jadi puan dekat rumah tu.

” Wajah Firdaus kemerah-merahan apabila menghabiskan ayat terakhirnya.

Aku terkelu. Ini dejavu ke apa? Ah, gampang aja sih! Terima je! Gerenti cerah masa depan! Wajah mak dan abah kupandang sayang. Mereka hanya tersenyum.

 

***

 

“Saya tak nak. Awak tak faham ke?” Aku menayangkan wajah garang apabila memandang Firdaus.

“Please… Awak setuju ajelah,” ujarnya dengan riak menagih simpati.

Aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu.

“Tolonglah faham. Saya tak nak tu, tak naklah! Awak ni kata doktor. Bahasa mudah macam tu pun tak faham? Nak saya cakap dalam bahasa Indon ke? Karang lagi tak faham. Saya cakap gampang pun awak cakap anak luar nikah. Huh!” marahku.

“Alah, bolehlah. Lawa apa pink! Pink kan melambangkan sihat. Ceria,” Firdaus masih mempertahankan ideanya.

“No! Saya nak warna biru jugak! Kalau pink, awak bersandinglah sorang-sorang kat atas pelamin.”

Aku masih tegak dengan pendirianku.

“Pink suits you, honey. Pink kan sesuai dengan jiwa perempuan,” tegurnya.

Aku mencebikkan bibir.

“Saya engineer bukan kerja yang lemah lembut ni. Pink? Tolonglah faham.”

“Sudah… Sudah!” tegur Puan Hamidah.

Kami berdua terdiam.

“Susah-susah sangat biar mak yang pilih. Tunggu kamu berdua ni berjam. Tengok dah pukul berapa ni. Lepas ni nak cari barang lain pulak.”

Akhirnya ada penyelesaian untuk kami.

“Macam ni lah. Sesi kat rumah perempuan kita ambil warna tema biru. Kat rumah kita, warna pink,” ujar Puan Hamidah.

Aku dan Firdaus berpandangan.

“NO!” serentak kami bersuara.

Akhirnya kata persetujuan di capai. Sesi di rumahku aku memilih warna ungu dan di rumah Firdaus warna hijau pucuk pisang. Selepas membeli beberapa barang hantaran, kami melepaskan penat di Mc Donald. Puan Hamidah dengan mak aku tengah sibuk mencari barang lain.

“Kenapa ye awak tiba-tiba ajak kahwin?” soalku sewaktu Firdaus tengah asyik makan bubur ayam.

“Sebab saya suka kat awak.” Mudah sekali jawapannya.

“Ceh, setakat suka. Amer pun dulu suka kat saya tau!” aku cuba memprovoknya.

“Kalau awak tak sayang kat saya mesti awak dah pilih Amer.” Firdaus meneruskan suapannya.

Serta-merta wajahku panas. Eh, kena asap bubur ayam ni kot.

“Perasan. Siapa sayang awak,” ujarku selamba. Eheh, kalis!

Firdaus melepaskan sudu di tangannya.

“Sebenarnya saya suka kat awak bila awak reti masak. Ingat lagi tak masa saya tanya siapa yang masak asam pedas ni. Tak sangka yang orang seberang pandai masak makanan selera Johor,” jujur kata-kata yang keluar daripada mulut Firdaus.

Aku terkedu tambah terharu.

“Awak pulak?”

Aku tersentak.

“Saya apa?”

“Sejak bila awak start sayang dekat saya?” soalnya lembut.

“Sejak awak cakap gampang tu anak luar nikah,” balasku.

Sebenarnya start dia terpegang pipi aku.

“Oh! Tapi kenapa? Macam tak logik je,” Firdaus menayangkan muka pelik.

“Sebab saya rasa kelakar bila awak beriya-iya nak menang.” Aku tergelak.

Biarlah sebab sebenar Firdaus tak tahu. Ah, gampang aja sih mahu bohong samanya!Akhirnya Firdaus mengangguk tanda faham. Aku pula tersenyum senang hati. Insya Allah kalau tak ada aral melintang, hujung bulan ini Muhammad Firdaus akan disatukan dengan Alia Husna. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: