Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Izinkan aku pergi…(Kopi dan Pasta)

Posted by iorichee on 25 April 2009

“Pelan-pelan B, sakit….”
“Tahanlah sikit Ling, sakit sikit je….”
“Enghh enghh slowlah sikit, tak tahan ni”
“Hish…. macam tak biasa pulak. Tahanlah sikit, memanglah sakit….”
“Enghh ennggghh AAAAAAAAAAAAAAAAAAaaaaaa”
“Fuh! lega… tercabut pun..”
“B, darahlah, kena baju sekolah mesti mak marah”
“La… cuci le… pastu jemur kejap, mesti mak ko tak tau punya… Tulah, dulu lagi aku dah cakap kalau gigi tu goyang kena cepat-cepat cabut. Ko degil, sayang sangat kat gigi tu… Hah ken dah beranak dah. Selalunya aku tengok gigi orang lain, kot beranak pun dua lapis je. Ko ni dah sampai tiga lapis dah. Macam rumah flat tu…. kih kih kih”

=================================

Nama aku Rubi Insyirah bt Aminuddin. Nama glamour B. Umur 9 tahun, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi, Hulu Langat, Selangor. Aku tinggal di kampung Kuala Perdek bersama nenek saudara aku yang aku panggil Nek Piah. Ayah aku seorang Juru Gegas di kilang kelapa sawit felda yang baru dibuka di Nitar, Johor. Aku terpaksa tinggal dengan Nek Piah memandangkan tiada sekolah di kawasan Nitar yang lebih berupa hutan ketika itu. Untuk ke sekolah terpaksa naik Land Rover lebih kurang 2 jam, barulah sampai ke sekolah di bandar.

Ling adalah kawan baik aku. Nama sebenarnya Norazlina bt Bidin. Mak dia panggil Lin tapi disebabkan dia ni juling air maka budak-budak kat kampung ni panggil dia Ling. Singkatan daripada juling. Dia suka dipanggil Ling, ala-ala darling gitu. Tapi jangan sekali-kali panggil dia Juling, ha… confirm kena baling!.

===============================

“Semua berdiri atas kerusi. Siapa yang dapat jawab sifir boleh duduk. Siapa yang tak dapat jawab, Cikgu rotan”, arah Cikgu Zul, cikgu matematik aku.

“Rubi Insyirah, 7 x 7 berapa?”
“Ha… 7 x 7…. 7 x 7….. ha! 49”

Fuh! nasib baik sempat. Kalau tidak, mau bercorak punggung aku ni. Baru aku nak duduk, Cikgu Zul bersuara lagi.

“Ni kenapa mulut berkudis ni? Awak tu anak dara…. jagalah sikit diri tu. Hish… tak jadi nak buat menantu kalau macam ni”

“Heh heh heh”, aku cuma sengeh. Yelah, nak jawab apanya… Mulut aku kena getah mangga, memanglah berkudis. Sejak musim mangga ni aku asyik membedal mangga je. Tak buang kulit pun… terus kunyak je.

****Waktu Rehat****

“B jom gi kantin, aku laparlah”
“Emmm ko pergi dulu. AKu kenyang lagi”

Aku menuju ke tandas. Perut ni lapar tapi tak de duit nak beli makanan. Aku teguk air paip tu sambil membayangkan aku tengah minum fresh orenge. Emmmmmmmmm……. sedapnye….. Habis fresh orenge tu aku teguk, aku teguk pula air kelapa muda. Emmmmmmm………….. nikmat………..

Tanpa aku sedari Ling berdiri di belakangku.

“Woi! ko nak mati keracunan ke minum air paip ni?”
“purrrrr!!!!!!!!!!”

Aku tersembur air paip yang kat dalam mulut tu ke muka Ling. Maka lencunlah dia…..

“B!!!!!!!!!!!!!! aku bunuh ko kang…!!”, jerit Ling
“Sorry, tak sengaja. Sape suruh ko sergah aku macam tu?”

Ling merenung aku dengan muka garang.Aku pulak terkebil-kebil buat muka sardin. Minta simpatilah konon…

“Kih kih kih, jangan buat muka cam tulah. Kelakar tau tak?! Macam Abu!”
“Woi! ko samakan muka aku dengan Abu, beruk Pak Mail tu ye… Sampai hati ko!”

Aku kejar Ling sampai dia surrender.

“B!, cop! cop! sorry, ok… Dah aku tak larat nak lari lagi dah. Mintak Nyawa… MIntak Nyawa…”
kembang kempis hidung Ling menyedut oksigen untuk memulihkan semula semputnya.

“Jom makan, aku beli nasi lemak untuk ko”
“Eh, jangan. Aku takut mak ko marah nanti”
“Kalau ko tak nak mak aku marah, senang je. Ko jangan bagitau dia ye…”

Aku sengeh. Tak buang masa kami pun bedal nasi lemak tu.
Fullamakkkkk………..sedap tu…… sehingga menjilat jari……….

================================

Hari Sabtu, cuti sekolah. Aku lepak kat bawah pokok mangga kat dusun arwah atok aku. Lokasi yang menarik, kat tepi sungai…

Aku mendongak ke langit. Matahari dah terpacak tegak atas kepala. Aku kira, mesti dah tengahari. Perut ni dah berdangdut lagu Goyang Inul.

“Para penonton, ibu-ibu, bapak-bapak dan semuanya…..”, aku menyanyi sambil terbongkok-bongkok mencari kalau-kalau ada buah mangga yang jatuh tersorok di celah-celah rumput. Malangnya tak ada sebiji pun. Nak panjat pokok tu aku tak mampu. Batangnya aje dah 2 kali pemeluk aku. Tingginya, jangan cakaplah. 10 kali tinggi aku agaknya. Ishhh…. perut ni dah tak tertahan dah. Makin menjadi-jadi pula dangdutnya. Aku perlukan angin untuk membantu menggoncang pokok mangga ni supaya buahnya boleh gugur. Aku berfikir mencari akal. Akhirnya aku mendapat idea!

“Heiiiiiiiiiiiiiiiii mambang angin……….., datanglah kau!!!!!!! Aku lapar nak makan mangga!!!!!!”,
seruku sambil bersila meniru gaya tok bomoh yang pernah aku tengok kat dalam tv.

Tiba-tiba aku dengar suara orang mengilai. Aku dah seram sejuk dah. Matilah aku kalau mambang angin ni salah target pulak. Aku suruh dia attack buah mangga tu bukannya attack aku.

“Hiiiiiiiiiiiiiiiii hi hi hiiiiiiiiiiiiiii…. hei manusia!, aku tau kau lapar… Pejamkan matamu. Aku bawak nasi dengan ikan gorang tuang kicap…..”

Bila aku amati betul-betul, rasa macam biasa dengar aje suara ni. Aku memberanikan diri mencari gerangan empunya suara.

“HAH!!!!”
“Opocot! Mak Kau!”, macam nak gugur jantung aku. Hampeh ko Ling. Boleh pulak ko mengekek tengok aku yang terkejut beruk ni.

“B, aku ingat ko ni berani sangat.. rupa-rupanya penakut jugak ye…”, ejek Ling
“Aku bukan takutlah, aku cuma terkejut aje”
“Samalah tu”
“Mana sama pulak? Cuba ko eja, T..A..K..U..T.. dengan T..E..R..K..E..J..U..T.. ha.. tak sama ken?”
“Banyaklah ko punya eja. Dah jom makan”

Heh heh heh.. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

“B, aku kesian tengok ko. Makan tak menentu. Nek Piah tu tak kesian ke kat ko? Dah macam papan dah aku tengok. Ko bagitaulah kat mak ko. Mesti dia ambik ko tinggal ngan dia balik”

“Mak aku memang nak aku tinggal dengan dia tapi mengenangkan sekolahnya jauh, itu pasallah dia mintak Nek Piah tolong jaga aku. Dia aje sedare yang kami ada”

“Jaga apanye? Duit yang mak kau bagi tiap-tiap bulan tu, ada dibaginya ko untuk belanja sekolah?, Tak de ken… Semuanya dihantar ke Zaki anak dia tu. Dah besar-besar pemalas. Tak reti cari kerja. Menyusahkan orang aje. Itu ko kata jaga?”

“Mak aiii… Ling… tak sangka betul aku. Ko kecik-kecik lagi dah pandai mengumpat ye… Berdosa tau!, Nabi marah… nanti Allah tak sayang… Ha…. sape yang rugi? Engkau…. jugak”

Ling tersipu-sipu malu.

“Aku bukannya nak mengumpat… Aku cuma kesian kat ko aje. Itupun salah ke?”
“Salah tu tidak! Tapi tak betul!”, aku meniru dialog dalam filem Bujang Lapuk.
“Kih kih kih, ko ni ken kalau tak buat lawak, tak sah ye”

“Ling, aku memang nak sangat tinggal ngan mak aku. Boleh ko tolong aku?”

Macam burung belatuk Ling terangguk-angguk tanda sedia menolongku.

“Lepas sembahyang, ko tolong doakan supaya ayah aku dipindahkan kat tempat yang ada sekolah”
“Beres….. Tiap kali aku sembahyang, aku akan doakan untuk ko. Tapi ko pun kena doa jugak”
“Hari-hari aku doa. Cuma mungkin Allah belum nak makbulkan. Kalau ko tolong sekali, aku yakin Allah akan tolong aku sebab Dia tahu ko sayang kat aku”

======================

“Rubi!!!!! pergi kedai Babu beli gula sekilo”, laung Nek Piah
Ok nek, B pergi ni”

Kat kampung ni semua kenal Babu. India Muslim yang ada kedai runcit bersekali dengan kedai kopi dan terkenal dengan roti canainya. Tok Empat, Pak Imam, Pak Aji, Abang Aji….. semuanya suka lepak kat kedai ni.

“Assalamu\’alaikooooooommm”, berlagu sungguh salam yang ku hulurkan.
“Wa\’alaikumsalam, ha… kicik apa mau?”, soal Babu dengan lenggok indianya.
“Babu, gula 1 kilo”
“Wokey, ha… ini angkat”
“Terimakasih Babu….., jasamu dikenang…..”, serentak dengan itu aku melangkah kaki keluar dari kedai.

“Hei kicik!, terimakasih, jasamu dikenang, apa bikin? Tak boleh kenyang punya… Itu wang kasilah”
“Ayoyo Babu…, budak kicik mana boleh bawak wang banyak-banyak… tada selamat. Itu macam kalu… buku 555 kasi masuklah…”, jawabku mengajuk lenggoknya.
“Wokey, banyak pandai ini kicik ha…”

Aku meneruskan langkah.

“Rubi Insyirah bt Aminuddin…….”

Aku berpaling hairan. Terror pulak Babu ni menyebut nama penuh aku. Siap binti tuuu…..
La.. patutlah. Kat tangan dia ada surat untuk aku rupanya.

Kat kampung ni, posmen tak payah susah-susah hantar surat ke rumah. Cukup sekadar letakkan kat kedai Babu ni aje.

“Surat untuk saya ke Babu?”
“Bukan, ini Karisma Kapoor punya. Bukan kicik punya”

Aku sengeh dan terus merampas surat di tangan Babu. Mataku bersinar-sinar bila melihat cop pada stem. Emmm dari Johor, mesti surat dari abah.

“Yaaahoooooo!! Yaaahoooooooooooooooo!!”, aku bersorak macam dalam filem Sangam.
“Mere man ki ganga aur tere man ki jamuna ka, bol raadha bol sangam hoga ki nahin, are bol raadha bol sangam hoga ki nahinnn”.

Eh eh Babu nyanyilah pulak… siap menari tu…

Aku sambung,

“Nahinnn…….. Kabhi nahin!……….”

Heh, layan……….

===========================

“Ling! good news, good news”, aku terlompat-lompat di depan Ling.
“Ha… apanya? ko baru dating ngan Abu ke?”
“Woi minah!, teringin sangat ke ko nak tengok aku couple ngan si Abu tu? Dah tak cukup ke manusia kat bumi ni sampaikan ko nak kenenkan aku ngan Abu, hero panjat pokok ngan petik buah kelapa tu. Tak hadsome lak tu. Sampai hati ko”, aku buat-buat merajuk.
“Kih kih kih, Ok sorry ye.. Ha.. apa good news tu?
“Emmmmmmmm.. Allah dah makbulkan doa kita”
“?????????? tak paham, explain”
“Dua minggu lagi mak ngan abah nak datang ambik aku. Abah aku dah kena tukar ke Air Tawar 2. Kat sana ada sekolah”
“Ko suka ke?”, tanya Ling
“La… mestilah aku suka. Apa punya soalanlah”
“Ooooooooooo ko sukalah tinggalkan aku ye?”, balas Ling tiba-tiba melenting.

Aku diam. Baru aku terfikir. Ikut mak dan abah bererti aku akan berpisah dengan Ling. Aku pandang muka Ling. Ada airmata yang cuba ditahan. Aku sebak. Nak buat macam mana ni?

============================

Lepas Zohor nanti mak dan abah akan sampai. Pagi-pagi lagi aku dah ke dusun arwah atok nak cari mangga. Malam semalam hujan lebat, banyak mangga yang gugur.

“Aku dah agak dah… ko mesti ada kat sini. Apasal ko menung ngan peluk buah mangga 3 biji tu?”

Aku berpaling. Ling rupanya…….

“Aku tengah tunggu kau. Banyak mangga yang gugur tapi yang 3 biji ni paling cantik. Tak pecah pun. Nah, ini untuk ko”
“Timekasih…, jom kita makan”
“Aku ambik untuk ko. Itu tanda aku sayang kat ko”
“??????? aa ke tanda sayang bagi mangga? Apalah ko ni”
“Yelah, ko makan masa ko lapar nanti. Manis mangga tu nanti akan buat ko bertenaga dan ingat kat aku”
“Woi B!, ko nak mandrem aku ke?”

“Yang 2 ni pulak, ko bagi kat mak ngan abah aku. Tolong bagitau, aku sayang dan rindu sangat kat mak ngan abah”
“Tak nak! ko bagilah sendiri. Ko kenapa?
“Aku dah tak sempat”, jawabku sambil berdiri melangkah ke sungai.
“Woi ko nak pi mana?”
“Basuh tanganlah….”
“Ooooooo buat suspense jelah ko ni. Hati-hati air deras tu”
“Ok”

Aku berpijak pada batu-batu sungai untuk membasuh tangan. Entah macam mana, tiba-tiba aku tak dapat mengimbangkan diri. “Mak!!!!!!!!!!!”

===========================

Aku melihat tubuhku terbaring di ruang tengah rumah Nek Piah. Manusia di keliling ku sedang membaca surah Yasin. Satu-satunya surah panjang yang aku hafal. Ling duduk di sisiku sambil memeluk erat 3 biji mangga pemberianku.

Aku dengar tangisan yang sangat pilu. Emak!. Emak memelukku. Begitu juga abah. Mereka menciumku. Ahhhhhhhh bahagianya berada di dalam dakapan emak dan abah.

“Ling, apa yang terjadi?”, tanya abah kepada Ling yang setia di sisiku.
“B jatuh kat sungai masa basuh tangan. Kepala dia terhantuk kat batu lepas tu dia terus tak bangun-bangun masa Ling kejutkan”, jawab Ling dalam sedunya.

Perlahan-lahan, Ling menghulurkan buah mangga kepada emak dan abah.

“???????”, abah dan emak kebingungan.
“B suruh bagi. Dia cakap dia sayang dan rindu sangat kat pakcik dan makcik”

Emak jatuh pengsan sebaik mendengar kata-kata Ling. Abah terduduk tak mampu lagi menahan airmata lelakinya dari terus mengalir. Suasana menjadi semakin pilu.

Pak Imam masuk dan merenjiskan air ke muka mak.

“Rohaya… sabar… Allah lebih sayangkan Rubi. Kuatkan semangat kamu, kita perlu sempurnakan jenazah anak ini segera”, tutur Pak Imam dengan lembut.

Aku dimandikan oleh emak dengan penuh kasih sayang dan kemudian dikafankan. Ramai sekali yang mengikuti solat ke atas jenazah ku. Selesai solat, sebelum jenazahku diusung ke tanah perkuburan, emak menciumku lagi. Abah juga. Ling pula memeluk tubuhku sangat erat, mencium pipiku bertalu-talu seakan tak mahu melepaskan ku. Dia menangis. Aku sedih melihatnya. Ibu Ling meleraikan pelukan itu dan memujuknya. Mereka sama-sama mengiringi jenazahku.

Kematian itu pasti dan aku sememangnya bersedia menghadapinya kerana ia adalah titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi.

Kini jasadku telah selamat dikebumikan….
Sampai di sini sahaja perjalananku. Izinkan aku pergi……… kembali kepada Yang Maha Pencipta.

==========================

Ling termenung. Dia seakan tidak percaya yang dalam sekelip mata sahabat yang sangat dicintai telah pergi buat selama-lamanya. Airmata mengalir lagi….

Perut terasa pedih. Lapar. Dia hanya makan ketika sarapan pagi tadi kemudian ke dusun menjejaki Rubi dan melihat bagaimana sahabatnya jatuh, menghembuskan nafas yang terakhir dan seterusnya selamat dikebumikan selepas azan Asar tadi.

Sekarang sudah hampir Maghrib. Dia ke dapur membersihkan buah mangga pemberian terakhir Rubi. Kulitnya dibuang, isinya dipotong kecil-kecil. Dia makan sambil mengenang kembali saat-saat terakhir bersama sahabat tercinta. Betul kata Rubi rasa mangga ni manis. Ya, manis sekali. Airmata setia menemani.

Biji mangga itu tidak dibuang. Dia akan mengeringkannya untuk dibuat benih. Dia akan menanam benih itu di halaman. Inilah kenangan terakhir Rubi untuknya.

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…….. Ampunkanlah dosa sahabatku Rubi Insyirah. Masukkanlah dia ke dalam jannah Mu. Selamatkanlah dia dari neraka MU dan terangilah kuburnya dengan sinar Mu. Amin… Ya Rabbal \’Alamin…..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: