Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Biarkan Aku Menangis….(Kopi Dan Pasta)

Posted by iorichee on 4 May 2009

Jam menunjukkan seawal 6 pagi, kedinginan yang aku rasakan pagi itu benar-benar menusuk hingga ke tulang. Aku turun dari katil dan terus membuka jendela. Aku menarik nafas sedalamnya sambil mendepakan tangan. Dalam pada itu juga aku sempat bersyukur di dalam hati kerana masih lagi dapat melihat keindahan ciptaan-Nya.
Hari ini sudah genaplah 2 tahun aku menjadi isteri kepada suamiku, Sabaruddin. Lelaki yang menjadi pilihan kedua orang tuaku. Lelaki yang telah membuka mataku mengenali apa itu erti kebahagiaan dalam percintaan. Walaupun dia bukan cinta pertamaku, tapi keikhlasan dan sifat penyayangnya terhadap diriku telah membuatkan aku semakin hari semakin sayang lantas memberinya ruang untuk bertakhta di hati ini yang dahulunya di miliki oleh Azrul, bekas kekasihku. Ah, Azrul hanyalah kenangan silamku. Cinta dan kesetiaanku kini hanyalah untuk suamiku.


Aku menoleh melihatnya yang sedang nyenyak tidur. Lena dibuai mimpi agaknya. Segera aku duduk dibirai katil dan memain-mainkan jariku di mukanya yang bersih dan berkumis itu. Aku melihat mukanya berkerut-kerut. Tawa yang ku tahan akhirnya meledak keluar juga. “Abang” terjaga, dengan pantas dia menarik lenganku menyebabkan badanku terdorong ke depan.
“nakalnya isteri abang ni…”ucapnya sambil tersengih.
“eh, mana ada, fizah Cuma nak kejutkan abang solat subuh, itu sahaja.” balasku menahan ketawa. Tiba-tiba dia mendekatkan bibir ke wajahku, tetapi dengan pantas sahaja tangan kiriku menekup mulutnya.
“busuklah, abang kan belum gosok gigi lagi..” aku ketawa dan segera bangun dari situ. Aku melihat dia menarik semula selimut dan mengiring membelakangiku. Alamak,.Merajuk pula suami kesayanganku ini, macam mana nak pujuk ni? fikirku. Setelah puas berfikr, akhirnya aku duduk semula di atas katil.
” Fizah minta maaf, abang janganlah merajuk macam ni, Fizah bergurau jela tadi.” jelasku. Tiada respon yang ditunjukkan olehnya. Abang masih membatu dalam selimut. Aku menjadi buntu.
” Abang, sudahlah tu, marilah solat subuh berjemaah, nanti terlewat pula.”aku mencuba nasib sekali lagi. Aku melihatnya menggerakkan tubuh. Abang bangun dan senyum lebar kearahku menampakkan sebaris giginya yang putih dan teratur.
“ha, tahu pun cemas, abang main-main sahaja tadi.” ujarnya sambil mencuit hidungku, membuatkan aku tersipu malu.
“mari solat bersama sayang.”aku menurut sahaja katanya. Kadangkala sikapnya memang sukar diramal. Itu yang membuatkan aku semakin ingin mengenali dirinya.

Di Poliklinik Dr Siti Nurhafizah.

tok,tok,tok..ketukan di pintu kedengaran.
“Masuk.” pintaku sambil tangan ligat menyusun rekod-rekod pesakit yang kurang teratur di atas meja.
“Assalamualaikum, Dr Siti Nurhafizah Hemdan.”
Hampir terlepas fail yang ku pegang tatkala mendengar suara garau yang cukup aku kenali suatu ketika dahulu. Setelah sekian lama tidak bertemu,tanpa khabar berita, akhirnya dia muncul semula tanpa diduga.
“Waalaikumsalam, silakan duduk.” jawabku tenang. Sesekali aku mencuri pandang ke arahnya. Badannya kelihatan susut, tapi wajahnya yang putih bersih dengan kumis nipis serta berjanggut sejemput tetap menyerlahkan penampilannya tengahari itu.
“Doktor kenal saya lagi tak?” tanya Azrul sambil melemparkan senyuman manis kepadaku walaupun dia kelihatan kurang bermaya.
” Kenal. Azrul bukan?” balasku bersahaja. Apa dia ingat aku sudah hilang ingatan ke? Tanyaku dalam hati.
” awak sakit apa ni?serius ke?” soalku lagi.
” saya rasa sakit sangat, sakit menanggung rindu pada awak.” ucapnya dengan nada gurau.
” main-main pula dia ni,awak lupa ke saya ni kan dah jadi isteri orang?” tegasku pada azrul mengenai status diriku sekarang.
” tahu..” sepatah sahaja jawapannya.
” sudahlah, biar saya lakukan pemeriksaan ke atas awak.” dengan pantas aku menyumbat stetoskop ke telinga, memeriksa kadar denyutan jantungnya. Bagaikan terkena kejutan elektrik tatkala jariku tersentuh bidang dadanya. Aku memeriksa suhu badannya pula. Sesekali aku mendengar dia batuk.
” awak demam ni, saya bagi awak surat cuti sakit selama 2 hari, ubat demam, batuk dan antibiotik. Jururawat saya akan beri penerangan yang lebih lanjut nanti. Makan ubat ikut masa dan selamat berehat.” nasihatku padanya.
Dia tersenyum dan mencapai tanganku, aku menjadi kaget.
” terima kasih Fizah..”ucapnya perlahan. Mata kami berdua bertembung. Aku seperti lupa mengenai Sabarudin seketika.
Tiba-tiba pintu dikuak dari luar…
’Sayang…mari pergi makan tengahari…” Sabarudin terpacul di muka pintu. Air mukanya yang tadi ceria bertukar seperti menahan marah. Dia merenungku tajam.
“maaflah mengganggu ’kesibukan’ kamu berdua.” Perlinya lagi. Aku segera menarik pantas tanganku yang berada dalam genggaman Azrul.
“abang…ia bukan seperti yang abang sangkakan!” aku bersungguh memberi penjelasan. Belum sempat aku mengejarnya, Sabarudin berlalu dan menghempas pintu dengan kuat. Aku terkejut dengan tindakannya itu. Tidak pernah aku melihat dia marah sebegitu.
“maafkan aku Fizah, aku tak sangka akan jadi begini…” Azrul memohon maaf. Ah! Senangnya dia menutur kata maaf padaku.
Aku hanya mampu mengeluh dan memandangnya lesu.
Aku berjalan mundar-mandir menunggu Fizah pulang dari kliniknya. Masih terbayang di ingatanku cara mereka berdua berpegangan tangan. Api cemburu sebagai seorang suami makin membara. Kereta milik Fizah akhirnya masuk ke perkarangan rumah. Fizah melangkah anak tangga dan memasuki ruang kamar. Dia menghampiri diriku.
“abang…percayalah apa yang abang lihat tengahari tadi bukan seperti apa yang abang sangkakan, kami tidak buat apa-apa.”
“awak ingat saya ni bodoh?tak ada mata? Saya nampak dia memegang tangan awak! Dasar isteri curang!” jerkahku. Marah yang ku tahan akhirnya meledak keluar.
“abang! Sedikit pun tidak pernah terlintas dihati ini untuk saya curang pada abang, saya masih sedar, saya isteri abang yang sah!”
Aku melihat air matanya gugur satu persatu.
“isteri?! Isteri yang curang didepan mata suaminya sendiri? Saya tahu, saya adalah suami pilihan orang tua awak, tapi, awak kena ingat yang saya ni suami awak! Bukan Azrul!” aku meninggikan suara dihadapan mukanya.
Fizah terus mencapai beg tangan dan berlari keluar bersama linangan air matanya. aku hanya membiarkan sahaja dia berlalu. Dari ekor mata, aku melihat dia menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan banglo 2 tingkat yang menjadi saksi cinta kami.
Aku duduk di katil dan meraup muka dengan kedua tanganku. Ya Allah, apa yang sudah ku lakukan ini? Kemana terbangnya imanku? Aku menyoal sendiri. Aku benar-benar rasa seperti dirasuk. Perasaan kesal menyelinap disegenap ruang hati. “Abang masih sayangkan Fizah.” keluhku.

Berkali-kali aku cuba menghubungi telefon bimbit Fizah, tapi tiada sebarang jawapan. Hari sudah semakin gelap. Dia benar-benar membuatkan aku risau. Aku nekad untuk mencarinya. Sebaik sahaja aku mencapai kunci kereta dan mengatur langkah untuk keluar, kedengaran telefon rumahku berbunyi. Aku segera menjawab panggilan tersebut dengan harapan Fizah menelefonku.
“hello, assalamualaikum.” sangkaanku meleset apabila mendengar bukan suara Fizah di talian.
“waalaikumsalam,” jawabku ringkas.
“saya Dr. Mohan dari Hospital Universiti Kuala Lumpur, adakah awak suami kepada Siti Nurhafizah?”
“ya saya. Kenapa doktor?”
“saya harap encik bertenang. Isteri encik terlibat dalam kemalangan. Keadaannya agak kritikal, dia kehilangan banyak darah. Kami perlukan tandatangan encik untuk melakukan pembedahan. Boleh encik datang ke sini sekarang?”
“ya, saya akan ke sana sekarang juga, terima kasih doktor.” aku meletakkan gagang telefon.
Dalam perjalanan ke hospital, aku tidak putus-putus berdoa memohon agar isteriku selamat. Aku menyesal dengan tindakanku menuduhnya curang. Benar kata Akram,kawan baikku. Aku sepatutnya selidik terlebih dahulu sebelum bertindak. Kalau tidak kerana sengketa itu, dia tidak akan ditimpa kecelakaan ini. Nasi sudah menjadi bubur. Segalanya sudah terlambat. Jangan tinggalkan abang Fizah. Abang masih menyintaimu sayang. Air mata kesedihan mengalir keluar dari kelopak mataku.
Sejurus sampai di hospital, aku melihat iseriku sedang diusung masuk ke bilik pembedahan. Aku berlari mendapatkan Fizah. Aku menggenggam erat jemarinya. Bibirnya terkumat-kamit seperti mahu memberitahuku sesuatu. Aku mendekatkan telinga ke bibirnya.
“Fi..zah..cintakan..abang..Fizah tak curang..” ucapnya dalam nada tersekat-sekat.
“abang tahu sayang, mafkan abang. Kita lupakan apa yang dah berlaku.” aku mengucup tangannya. Genggaman kami terlerai tatkala pintu bilik pembedahan ditutup rapat.
Aku berjalan mundar-mandir diluar bilik pembedahan. Sesekali aku mengintai ke cermin pintu bilik tersebut. Tidak lama kemudian, muncul wajah kedua orang tuaku.
“bersabarlah nak..kita berdoa kepada Allah semoga semuanya selamat.” ayah menepuk bahuku sebagai memberi semangat.
Setelah beberapa jam menunggu, akhirnya Dr Mohan keluar dan menanggalkan sarung tangannya.
“maafkan pihak kami, isteri encik tidak dapat diselamatkan. Dia kehilangan banyak darah sewaktu kemalangan, hentakan yang kuat dikepalanya juga menyebabkan darah beku berkumpul dan otaknya gagal berfungsi.”
Darah yang mengalir dalam badanku terasa berhenti serta-merta. Aku terduduk kaku.
“Maafkan abang sayang. Ya Allah, mengapa cepat benar engkau merampas dia dariku.” tangisanku kedengaran makin kuat dalam dakapan ayah..

2 tahun kemudian….
Kenangan bersama Fizah masih segar dalam ingatanku. Isteri yang suatu ketika duhulu pernah mengajarku erti kebahagiaan. Selesai bacaan surah yaasin dan doa, aku duduk berteleku sejenak di kuburnya. Tanpa ku sedar, air mata ini mengalir lagi ,aku membiarkan sahaja. Tanda penyesalan dan rasa sayangku padanya masih terasa. Aku akhirnya berlalu dan menuju ke kereta Honda Civic milik arwah. kereta remuk yang telah ku baiki. Lagu yang berkumandang di corong radio begitu mengulit kenangan. Aku menghayati setiap bait-bait lirik itu.

Kelmarin..kau masih bersamaku..
Bercumbu dan merayu.
Adakah hari esok,untuk kita bercinta.
Seperti yang telah kita lewati.
Mengapa..terlalu cepat kau pergi..
Tinggalkan batu nisan..
Kenyataan ini sungguh memilukan..
Ingin ku rasa turut serta..
Tiada guna..aku hidup begini..
Tanpa belaian,kekasih yang sangatku sayangi..
Kepedihan yang kini ku rasakan..
Darimu,yang mencintai aku..
Biarlah..ku relakan kau pergi..
Tinggalkan derita bersama..
Ku doakan kau bahagia di sisi-Nya..
Sementara biarkan aku menangis……

Aku menekan pedal minyak dan membawa diri bersama kenanganku……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: