Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Cerita Sampingan

Posted by iorichee on 18 August 2009

CERITA YANG SEDIH

Asri berasa lapar lalu dia pergi ke sebuah restoran untuk makan tengahari..Tiba2 dia ternampak kawan nya duduk minum seorang diri, keadaan nya agak bercelaru seperti tidak terusus… lalu dia pun menyapa kawannya itu…

Asri: Eh..yusof… Kenapa ko ni… nampak sedih je..teruk keadaan ko..cam frust jer..putus cinta ke..cerita la aku nak dengar..mana tau aku boleh tolong.

Perlahan Yusof memandang… lalu mengeleng mengatakan bukan dia putus cinta..lalu dia mula cerita masalah yang menimpa nya

Yusof: Bulan May lepas..mak aku meninggal..tinggalk an aku wang sebanyak RM10,000…

Asri: Aku ucapkan tahziah pada ko..sbar la ye…

Yusof: Bulan Jun yang lepas pulak… ayah aku pulak meninggal… dia wasiatkan aku wang sebanyak RM50,000…

Air mata Yusof mengalir ke pipi nya ..di kesat nya pelahan..Asri menenangkan sabahat nya itu..

Asri: Sungguh pilu..ibu bapa meninggal dalam masa yang singkat… patutla ko begini rupa… byk2 la berdoa semoga roh nya di cucuri rahmat…

Yusof: Bln lepas pulak… Mak cik sedara aku yang menjaga aku pula meninggal..die meninggalkan aku wang sebanyak RM15,000…

Lalu yusof mula meraung … kaget seketika Asri di buat nya… Yusof diam seketika dan menyambung cerita nya… Yusof: Sekarang… takde sorang pun yang meninggal..Huawaaaa aaaaaaaaaaaa. ..


SIAPA LAGI PANDAI…

Ada dua orang lelaki dalam perjalanan menaiki keretapi.
Salah seorang adalah seorang guru di sekolah menengah dan seorang lagi pensyarah di sebuah universiti.
Mereka duduk bersebelahan .
Si guru menghabiskan masa nya didalam keretapi hanya dengan termenung ke arah tingkap keretapi dan menikmati permandangan diluar.
Manakala si pensyarah resah seketika kerana tidak dapat membuat apa dan memikir kan apa-apa.
Akhirnya si pensyarah sangat bosan lalu berkata kepada si guru,

‘Hai… apa kata kite bermain sesuatu permainan … saya amat bosan..’

Terkejut seketika si guru tetapi tidak mengendah kan si pensyarah lalu menyambung tenungannya itu kearah tingkap keretapi dan mendiamkan diri.
Si pensyarah tergaman dan sekali lagi mengajak si guru bermain permainan.

‘Hey awak nk bermain satu permainan kuiz tak… Saya bagi satu soalan kalau awak tk dpt jawab awak bagi saya RM5 dan awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM5’

Si guru terfikir seketika..
tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya.
Dengan sopan die menolak pelawaan si pensyarah.
Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir..

‘Ok kalau cmtu macam ni..saya bagi satu soalan kepada awak..awak tk dpt jwb awk byr saye RM5 dan awk bagi soalan kat sya kalau sya tk dpt jawab saya kene byr awk RM50 ‘

Si guru terfikir..dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak *****.
Lalu menerima perlawaan si pensyarah.
Lalu si pensyarah memulakan soalan nya

‘Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi..’

Si guru sememangnya tidak mengetahui jawapanya.
Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah.
Si pensyarah tersenyum gembira lalu berkata,

‘Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun’
Si guru berfikir sejenak lalu berkata,

‘Erm ok… soalan nya..Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat…’

Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapan nya..
lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu..
tidak jugak mendpat jawapan..
lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi tidak juga mendapat jawapannya.
Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan..
Si guru naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangn di luar keretapi.
Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si guru.
Si guru menyambut nya dengan girang… .
Lalu terus memandang ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..
Tiba-tiba si pensyarah bersuara..

‘Nanti dlu… kamu tidak boleh buat saya macam ni… Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi? ‘

Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: