Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Posted by iorichee on 13 March 2011

Biarkan Saja Jika Ianya Bukan Milik Kita….

Sepanjang hidup kita, pasti kita merasai kekecewaan dan kebahagiaan. Walaupun hanya sekali seumur hidup. Bagi mereka yang hidup lama di dunia ini. Namun jika kekecewaan yang melanda, kita rasa sedih sangat. Ianya bole menggoncangkan jiwa kita jika kita tidak tahu cara-cara yang betul untuk mengawalnya.

Dan dalam kekecewaan melanda diri adanya sinar harapan yang kecil di celah celahnya. Yang mampu memberikan kita petunjuk kea rah yang lebih baik. Yang mampu mendamaikan jiwa yang gelora.

Perjalanan hidup kita ini seperti satu jalan yang lurus. Dipenuhi dengan pelbagai jenis haiwan, hutan, rumput, kedai-kedai, hotel, longkang, dan segalanya. Dan ilmu di dada dan juga peneman yang dapat membantu kita erti bahaya sepanjang perjalanan kita ke hujung jalan.
On the Road Pictures, Images and Photos

Walaupun kita mahukan sesuatu, belum tentu ianya milik kita lagi. Sebab apa, dah memang bukan milik kita dari awal. Biar pun kita usahakan sungguh. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan kita rasa susah nak kecapinya.

Kita lihat sungguh mudah orang lain memperolehinya tanpa usaha yang lebih. Tidak seperti kita yang perlukan usaha yang lebih. Tapi ingatlah, bila kita dapat atau memperolehinya nanti kita akan merasa puas atas usaha kita sendiri. Baru lah kita terasa manisnya madu selepas berjuang dengan lebah. Hilang rasa sakit kena sengat selepas merasai manisnya madu.

Tapi jika sudah berusaha untuk dapatkan madu, tapi tak juga dapat-dapat. Maka bukan itu madu milik kita. Mungkin jugak ada madu yang lain memang milik kita. Kita teruskan mencari lagi.

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Sambil-sambil kita masuk topic yang jelas. Keadaan sama juga yang mencari jodoh atau sudah menjumpai bakal calon. Di elokkan menunaikan salot sunat Istikharah untuk melihat bakal suami atau bakal isteri kita. Berdoa untuk dipermudahkan perjalanan mendirikan masjid. Diharapkan tidak meminta secara memaksa. Ehem ehem cara mudah nak bagi faham, ini pun ayat copy…

“…Jodohkan lah aku dengan dia , Ya Allah kerana aku mencintainya sepenuh hati…”

Hati hati dalam meminta semasa berdoa. Mungkin kita meminta itu bukannya yang  terbaik untuk kita. Jika niat kita baik, InsyAllah, segalanya dimudahkan dan kebahagian akan dikecapi. Namun jika sebaliknya. Nantikan peringatan dari-Nya sama ada secara lembut mahupun kasar. Seperti mana yang tertulis….

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216)

So, pelan pelan dalam mengerjakan sesuatu dan disertai dengan niat yang baik. Tak juga lupa pada pesanan orang keliling kita yang sentiasa membimbing kita.

Sekian.

Semoga entries kali ini dapat memberikan kita ilham perjalanan hidup….

Amin….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: