Insan yang tidak cukup ilmu…..

Cetusan Idea….Berkongsi Idea… Amalkan Bersama

About Iorichee Full Of Mistery

myself dwicolor

Nama penuh Richee Rudeen… Sekali korang baca mesti tak ada nama Islamic kan… Nasib baik ada.. iaitu Deen @ Al- Deen @ Din @ Al-Din…. Makna dia korang cari sendiri..

Lahir di Sebuah rumah kampung di Parit Makasar, Benut, Johor… Sebuah rumah yang indah walaupon dah buruk… di situ aku di lahirkan dan disambut oleh mak bidan dan di azankan oleh atuk aku…

Tarikh lahir 23 Ogos 1984 ataupon 25 Zulkaedah 1404 hari Khamis.

Anak sulong daripada 4 adik beradik.

Belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Temenggong  Abdul Rahman 2(sekolah khas untuk bebudak lelaki sahaja), pastu Sekolah Menengah Majidee Baru(recently dah bertukar nama SMK Syed Nasir) then ambik diploma di Universiti Teknologi Mara di Petaling Jaya(Jalan Othman). Sambung Degree selepas kahwen nanti…

Suka melukis @ menconteng sebab tak pandai pon.Memancing juga salah satu hobi. Selalu tak dapat ikan. Mungkin ikan tue sakit gigi kot. Mencari Ilham untuk diri sendiri atau pon untuk berkongsi bersama kekawan. Dulu Hard-Core-Gamers espcially Strategi games cam Red Alert, Starcraft, dan sebagainya. Sekarang dah kurang skit mungkin disebabkan dah mula bekerja …

Suka suasana kampung yang aman dan damai walaopon tak maju mana pon. Suka dok umah kalo tak de tujuan. Selalu laya citer anime(walaupon org selalu kata aku nie cam bebudak je layan citer anime) sebabnya pelukis bole membuat cerita di luar daya imaginasi tanpa sempadan… Kalo movie real plak kena kuar manyak modal dan model which mean limited idea… huhuhuuu..

Suka belajar pengalaman orang lain samada orang tua atau pon muda espcially ada input berilmiah. Sering menjadi tempat mengadu masalah kekawan, sebabnya aku dengar je sampai abis pastu bagi cadangan mana2 yg patut. Hasilnya menjadi juga atas nasihat yg tak seberapa… huhuuuu….

Sedikit kemahiran dalam Flash, photoshop, editted mp3, powerpoint( aku sgt bangga bila lect kita puji aku punyer powerpoint, penuh dengan thah apa2 je, itu aku sangat semangat nak buat powerpoint yg terbaik… ianya satu sumber inspirasi). Sapa2 nak minta tolong bagi idea pun bole. InsyAllah. Hamba sudi membantu.

Nak tau lebih lanjut, lihat la diri pada kekawan aku, yang baik yang buruk semua ada. Tapi sapa yang rapat je tau aku camner. “Jangan biarkan diri anda diselubung mesteri”

hahahaaaa…..

3 Responses to “About Iorichee Full Of Mistery”

  1. wawa said

    salam..
    seyes mcm biasa tngok..
    ex dak ppum ke…
    or keje kt ppum..

  2. iorichee said

    pernah tengaok ker?

    keje kat UM Fakulti pergigian bersebelahan dengan PPUM….

  3. syafiqah laa said

    Assalammualaikum..abg richee, sy budak lepasan spm 2010..tgh tggu result spm keluar.. sy sgt berminat dgn kursus diploma teknologi makmal perubatan sebab sye suke sgt kerja berkaitan kajian makmal dan kerja dlam hospital2..tu sebab juge la sye ambil pure science… dan sy juga berkeinginan utk dptkn biasiswa mara dan belajar di uitm mcm abg richee..(hope so..) tp lepas hbis degree..

    1)tawaran kerja terjamin ke??? byk ke hospital atau klinik yg ada tawaran kerja sbg Juruteknologi makmal perubatan..Universiri mana yg ada jminan kerja???

    2)sy sjujurnya x berapa tahu sgt info psl bidang ni(byk sgt benda x tau)..pt yg pastinya byk subjek dlm bidang ini kan contohnye mcm….
    Patologi Kimia.
    Pemakanan.
    Radiokimia.
    Mikrobiologi Perubatan.
    Virologi.
    Parasitologi Perubatan.
    Imunologi.
    Patologi Anatomi.
    Sitologi.
    Hematologi.
    Imunohematologi.
    Bioteknologi.

    mcm mana nak pilih subjek diminati utk blajar diploma nti??
    atau kne belajar semua ke??

    3)dan mengenai MTL, psal PPUM, IMR…apatu??

    minta maaf la klu sy byk tnye..sye cume bley harapkan abg richee sorang je..
    tolonglah sye.. jelaskan info psal TMP dengan detail..
    terima kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: